Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar hujung minggu Serikin semakin lengang

Pengunjung, pelancong ke pasar ini menurun 50 peratus sejak dibuka semula kepada orang ramai setahun yang lalu

- Oleh Henrietta Liza

BAU: Pengunjung dan pelancong ke pasar hujung minggu di Serikin menurun sebanyak 50 peratus sejak dibuka semula kepada orang ramai setahun yang lalu.

Peniaga tempatan, Margaretha Ayau, 52, ketika ditemui Utusan Borneo memberitah­u bahawa pengunjung amatlah kurang sekarang berbanding tahuntahun sebelum ini.

“Dahulu kita tengok Serikin dari hujung ke hujung penuh dengan orang ramai, sekarang kita tidak pernah lagi lihat seperti itu.

“Dahulu, menjelang tibanya perayaan Hari Krismas, Gawai atau semasa Ramadan, akan penuh di sini apatah lagi semasa perayaan.

“Sekarang kurang… jauh dalam 50 peratus kalau kita buat perbanding­an, harga barang juga tidak seperti dahulu. Ada mahal sikit,” katanya.

Beliau mula berniaga semula pada Januari 2023 selepas tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran wabak COVID-19 di seluruh negeri.

“Sewaktu mula, cuma seorang dua pelanggan datang tapi keadaan beransur-ansur pulih selepas peniaga dari Indonesia dibolehkan masuk dan berniaga.

“Syukur walaupun perniagaan tidak seberapa kerana susah bekerja dengan orang, tidak akan sama seperti berniaga sendiri, untuk anakanak sekolah…cukup.

“Hari biasa, saya akan ke kebun, hantar anak ke sekolah kerana berniaga pada setiap hujung minggu sahaja,” tambahnya yang berniaga pakaian wanita.

“Orang susah mahu berbelanja, semua bajet sekarang untuk belanja anak sekolah dan beli barang yang perlu sahaja kerana faktor ekonomi yang kurang stabil sekarang,” tegasnya.

Sementara itu peniaga dari Pontianak, Indonesia, Eddy Suryadi, 47, yang telah berniaga selama 25 tahun di Serikin, sudah terbiasa dengan resam pengunjung yang datang.

“Pengunjung yang datang ke sini mengikut musim. Kalau hari biasa memang kurang tetapi ada sedikit pertambaha­n pada waktu musim perayaan dan cuti,” katanya.

Eddy menjual pakaian batik dan kain kapas untuk lelaki dan wanita yang datangnya dari Bandung, Bali dan Jakarta pada harga yang berpatutan.

Di pasar hujung minggu Serikin terdapat kepelbagai­an jualan seperti pakaian, makanan, kraf tangan, tanaman dan banyak lagi.

Peniaga beg dan topi dari Pontianak, Rief Pvidayat, 52, bersyukur dengan apa sahaja pendapatan yang diperolehi­nya.

“Saya memandu enam jam untuk ke kawasan Jagoi dari Pontianak dan menyewa tapak berjaja sebanyak RM80 untuk satu setengah hari.

“Yang penting hubungan diplomatik antara dua buah negara di persempada­nan amat baik dan saya gembira dapat berniaga di sini,” jelasnya.

Rief juga berniaga di Pontianak pada hari biasa dan berharap hubungan Malaysia-Indonesia akan sentiasa kukuh bagi memperheba­tkan lagi taraf ekonomi kedua-dua negara.

“Dahulu kita tengok Serikin dari hujung ke hujung penuh dengan orang ramai, sekarang kita tidak pernah lagi lihat ” seperti itu. Margaretha Ayau Peniaga

 ?? ??
 ?? ?? TIDAK SEPERTI DULU: Pasar hujung minggu lengang semalam.
TIDAK SEPERTI DULU: Pasar hujung minggu lengang semalam.
 ?? ?? MARGARETHA
MARGARETHA
 ?? ?? EDDY
EDDY
 ?? ?? RIEF
RIEF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia