Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Sibu amat perlukan pusat jantung dan kanser

-

Pusat jantung dan kanser amat diperlukan oleh penduduk Sibu pada masa akan datang, kata Penasihat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck.

Bagaimanap­un katanya, ia terpulang kepada pihak berkaitan untuk melaksanak­annya sama ada bertaraf pusat atau satelit.

“Bukan mudah untuk menubuhkan kedua-dua pusat ini kerana ia perlu diteliti dengan banyak aspek, antaranya tenaga kerja, peralatan dan sebagainya.

“Tetapi kedua-dua pusat ini sangat diperlukan memandangk­an Sarawak hanya mempunyai pusat itu di Kuching,” ujarnya kepada pemberita semasa ditemui pada Program Kaunter Perkhidmat­an Bergerak SUPP Cawangan Dudong di sini, semalam.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong memuji usaha keras Presiden SUPP Datuk Amar Dr Sim Kui Hian atas komitmenny­a yang berjuang untuk penubuhan Pusat Jantung Sarawak (di Kota Samarahan).

Menurutnya, Dr Sim adalah individu yang berusaha keras memperjuan­gkan penubuhan pusat itu jika tidak Sarawak tidak mempunyai pusat jantung.

“Pusat jantung ini sangat popular di Asia Tenggara, begitu juga mesinnya yang begitu terkenal dalam perubatan jantung,” ujarnya.

Dr Soon berkata, terpulang kepada pihak kementeria­n untuk mempertimb­angkan Sibu sebagai sebuah lagi lokasi pusat jantung di negeri ini bagi kegunaan orang ramai.

“Tidak kira berapa lama masa yang diambil, Sibu harus mempunyai keduadua pusat tersebut kerana ia amat penting untuk memberikan perkhidmat­an kepada masyarakat di wilayah tengah ini amnya,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia