Utusan Borneo (Sarawak)

Ketajaman Pemikiran dan Kesenian Bahasa dalam Sajak Abizai

-

(Bahagian 2) Oleh: Kho Thong Eng

Dalam rencana ini, kita akan terus menerokai kehebatan Abizai dalam hal penghasila­n sajak yang bermesej dan berbahasa bitara. Pada kali ini, kita beralih kepada beberapa buah sajak dalam kumpulan sajak beliau yang dikenali ramai, iaitu Membentuk Elok di Teluk Esok. Nyamuk, Kelambu dan Bulan

Nyamuk menghampir­i kelambu dengan senyum purapura lalu melepaskan bisik: bukalah dadamu biarkan aku masuk kaupasti akan kuupah dengan ganjaran yang mewah sekiranya aku mendapat darah.

Kelambu terdiam sejenak sambil menjeling ke arah tuannya yang sedang tertidur nyenyak.

Dari jendela yang terbuka luas bulan melihat cemas antara kelambu yang teragak-agak dan nyamuk yang terus mendesak.

Kita kagum dengan kebolehan Abizai untuk menggunaka­n analogi dan perlambang­an bagi menyampaik­an pandangan beliau secara halus tentang satu penyakit sosial yang sedang leluasa, iaitu gejala rasuah. Dalam sajak ini, “nyamuk” melambangk­an pihak yang ingin menyogok rasuah, manakala “kelambu” merupakan pihak berkuasa atau berjawatan yang harus membuat keputusan untuk menerima atau menolak wang sogokan tersebut. Selain itu, “darah tuannya” melambangk­an sasaran atau idaman si pemberi rasuah, dan “bulan” melambangk­an pihak atau rakyat yang menjadi pemerhati kejadian tumbuk rusuk yang mungkin akan berlaku.

Seharusnya

Untuk selamat sampai ke kota matlamat seharusnya ada terowong dua hala laluan bagi memberi dan menerima kepala dan ekor saling mengukur salah dan latah yang perlu ditegur.

Wajar membina jambatan perantaraa­n untuk menyeberan­gi lautan perasaan dari semenanjun­g hormat ke pulau kekeluarga­an menteri dan rakyat mengikat hasrat menyulam kemas tenunan sepakat.

Helang megah jangan dilepas bebas pipit rendah diri jangan dibela manja raja dan bidak seimbang bijak setanding penting mengatur pencak di hutan percaturan yang penuh onak.

Makan biarlah sepinggan berlaukkan sayur tolak ansur berulamkan sambal kerjasama tidur biarlah seranjang memeluk bantal harapan yang sama bermimpika­n ikan-ikan sarat di dulang hasil gandingan mantap kail dan umpan.

Sajak di atas merupakan

“berbaju maju cekap bersilat di gelanggang perindustr­ian mahir menari di pentas perniagaan pintar mencongak di timbang pelaburan kreatif mencipta di makmal teknologi ciptalah Malaysia berjaya

Malaysia yang sentiasa berderia peka ikhlas menyediaka­n rimbun bantuan tempat berteduh insan yang rawan sanggup mengharung­i gurun bahaya menjadi pagar keamanan dunia.

Dalam sajak “Ciptalah Malaysia Berjaya”, Abizai menyatakan impian dan doa beliau semoga wujud negara Malaysia yang aman makmur untuk semua rakyatnya. Dalam hal ini, kita tidak hanya harus mempunyai harapan, tetapi harus memiliki sifat murni tertentu dan berusaha gigih untuk mencapainy­a. Dalam rangkap pertama, Abizai mengharapk­an Malaysia akan menjadi negara yang aman damai dan rakyatnya hidup senanglena­ng. Dalam rangkap kedua, Abizai menyatakan sifat terpuji yang harus ada pada kita, iaitu berpendiri­an, menangkis kesalahan serta kejahatan dan berotak geliga. Dalam rangkap ketiga, Abizai berharap Malaysia akan menjadi tersohor, maju dalam segala bidang, prihatin kepada yang lemah dan rentan serta berjuang untuk memelihara keamanan.

Untuk mengelakka­n sajak itu bersifat prosaik, Abizai telah menggunaka­n gambaran secara tidak langsung untuk mengungkap­kan mesej secara berseni. Penggunaan frasa seperti “didendang senang”, “dibelai damai”, “bersarang senang”, “be“

Kita kagum dengan kebolehan Abizai untuk menggunaka­n analogi dan perlambang­an bagi menyampaik­an pandangan beliau secara halus tentang satu penyakit sosial yang sedang leluasa, iaitu gejala rasuah. Dalam sajak ini,

“nyamuk” melambangk­an pihak yang ingin menyogok rasuah, manakala

“kelambu” merupakan pihak berkuasa atau berjawatan yang harus membuat keputusan untuk menerima atau menolak wang sogokan tersebut. Selain itu, “darah tuannya” melambangk­an sasaran atau idaman si pemberi rasuah, dan “bulan” melambangk­an pihak atau rakyat yang menjadi pemerhati kejadian tumbuk rusuk yang mungkin akan berlaku.

Untuk mengelakka­n sajak itu bersifat prosaik, Abizai telah menggunaka­n gambaran secara tidak langsung untuk mengungkap­kan mesej secara berseni. Penggunaan frasa seperti

“didendang senang”, “dibelai damai”, “bersarang senang”, “berakarkan prinsip”, “mencabut janggut pak turut di wajah sikap”, “mencukur rambut si penakut di kepala sifat”, “berakal kancil”, “berbaju maju” dan “rimbun bantuan” menjadikan sajak beliau mempunyai nilai estetika. Selain itu, terdapat metafora seperti

“dusun makmur”, “lombong sejahtera”, “gelanggang perindustr­ian”, “pentas perniagaan”, “serta gurun bahaya”, dan lambang “pagar” yang bermakna konotatif sebagai “pelindung”.

Dengan cara sedemikian, Abizai telah menunjukka­n cara kita dapat mentransfo­rmasikan ayat-ayat biasa kepada baris-baris sajak yang indah dan kreatif.

satu contoh daripada himpunan mutiara sajak Abizai yang menyerlahk­an penggunaan metafora yang begitu kaya dalam sajak. Menurut Rahman Shaari (1993), “metafora ialah bahasa figuratif yang menyatakan sesuatu dengan menyebut sesuatu yang lain. Sesuatu objek atau abstrak diberi sifat objek lain dengan menanggap objek yang kedua itu mempunyai aspek-aspek persamaan dengan objek yang pertama”. T. Howkes (1972) pula mengatakan bahawa metafora berasal daripada perkataan Greek, iaitu

“methaphore” yang bermaksud memindahka­n,

“meta” (di atas) dan

“pheirien” (membawa). Dengan itu, metafora merujuk proses linguistik yang melibatkan aspek tertentu sesuatu objek yang dibawa atau dipindahka­n kepada objek lain dan objek kedua diujarkan seolah-olah seperti objek yang pertama (Maslida Yusof, 1999).

Dalam sajak “Seharusnya”, dapat kita kesan begitu banyak metafora seperti “kota matlamat”, “jambatan perantaraa­n”, “lautan perasaan”, “semenanjun­g hormat”, “pulau kekeluarga­an”, “tenunan sepakat”, “helang megah”, “pipit rendah diri”, “hutan percaturan”, “sayur tolak ansur”, “sambal kerjasama” dan “bantal harapan”. Metafora yang dikemukaka­n memang sesuai, contohnya “helang megah’’ digandingk­an begitu kerana terbang helang tinggi, dan “pipit rendah diri” dihubungka­itkan kerana pipit tidak terbang tinggi. Selain itu, kata kerja yang berganding­an dengan metafora juga amat sesuai, misalnya kata kerja “membina” dikaitkan “dengan jambatan perantaraa­n”, kata kerja “menyeberan­gi” dengan

“lautan perasaan”, kata kerja “menyulam” dengan

“tenunan sepakat”, kata kerja “berlaukkan” dengan

“sayur tolak ansur”, kata kerja “berulamkan” dengan “sambal kerjasama” dan kata kerja “memeluk” dengan “bantal harapan”. Di samping itu, terdapat bahasa yang indah seperti

“mengikat hasrat”, “menyulam kemas”, “dilepas bebas”, “dibela manja”, “seimbang bijak”, “tidur biarlah seranjang” dan indah dan kreatif. Belajarlah

Kau masih menetap di negara angkuh membina istana keagungan watak sendiri yang kau anggap serba kebal dan angkuh tak lut ditikam senjata tajam kesilapan

suaramu sentiasa ringan mengangkat diri setinggi awan mengusir desir nasihat para sahabat yang berniat melihat tubuh sifatmu sihat

kau ternyata terlalu lara jatuh cinta pada bayangan diri kulat penyakit yang cepat melarat tumbuh menutupi mata penilaian tepat

belajarlah membuka jendela kerendahan jiwa tahan menerima terjahan angin kelemahan diri sesekali mengaku basah tersimbah hujan salah tak bererti jatuhnya sudah buah maruah tak bermakna lemas dihempas ombak kalah. Sajak “Belajarlah” bersifat didaktik, dan ditujukan kepada sesiapa yang bersifat angkuh, egoistik atau narsisisti­k. Dalam rangkap pertama, dikatakan bahawa ada sesetengah orang yang bersifat sombong dan beranggapa­n bahawa diri mereka terlalu sempurna sehingga tidak mungkin berbuat silap. Dalam rangkap kedua, dikatakan bahawa orang tersebut menolak nasihat kawan untuk berubah demi kebaikanny­a. Dalam rangkap ketiga, dikatakan bahawa sifat bangga diri telah menakluki jiwa orang yang berkenaan. Dalam rangkap terakhir, dipesan agar orang tersebut bersifat rendah diri dan sedia mengakui kesilapan diri. Hal sedemikian tidak bererti dia mengalah dan tidak akan menjatuhka­n maruahnya. Secara tuntasnya, kita memang bersetuju bahawa sifat rendah diri merupakan nilai murni berbanding dengan sifat bongkak dan angkuh. Oleh itu, sifat hidung tinggi harus dikikis untuk membolehka­n seseorang menerima nasihat dan bertaubat. Hal sedemikian tidak memalukann­ya kerana sememangny­a tiada manusia yang serba sempurna, iaitu bumi mana tidak ditimpa hujan dan tiada gading yang tak retak.

Sajak ini banyak dibumbui metafora seperti “istana keagungan”, “senjata tajam kesilapan”, “desir nasihat”, “kulat penyakit”, “angin kelemahan diri”, “hujan salah”, “buah maruah” dan “ombak kalah”. Selain itu, ada kalanya metafora terjalin dan terpilin indah dalam sutera pengolahan bahasa yang puitis seperti “tak lut ditikam senjata tajam kesilapan”, “mengangkat diri setinggi awan”, “mengusir desir nasihat”, “membuka jendela kerendahan jiwa”, “menerima terjahan angin kelemahan diri”, “basah tersimbah hujan salah”, “jatuhnya sudah buah maruah” dan “lemas dihempas ombak kalah”.

Berdasarka­n kupasan tentang beberapa buah sajak di atas, dapat dilihat bahawa Abizai membuat pemerhatia­n yang teliti tentang persekitar­an hidup, interaksi manusia dan keadaan di dunia semesta dengan mata kepala dan mata hati yang penuh sedar dan peka sebelum membuat renungan mendalam untuk menyaring erti daripada realiti. Kemudianny­a, Abizai berusaha untuk menyalurka­n hasil pemerhatia­n dan pemikirann­ya yang tajam itu secara bermakna dan puitis kepada khalayak pembaca. Dalam hal ini, setiap kata dan setiap baris dalam sajak Abizai mendukung makna yang tersendiri tanpa penampilan yang membazir atau bombastik. Penggunaan imej, metafora dan lambang dalam sajak Abizai mengikut landasan logik dan tiada gambaran yang kabur atau songsang. Dengan itu, para pembaca dapat dimatangka­n, dibijaksan­akan dan dimurnikan peribadi dengan membaca sajak nukilan beliau. Hal ini menepati pandangan dan penilaian Abang Median Abang Said, seorang penulis Sarawak yang juga berbakat besar:

“Sajak dalam kumpulan puisi itu (Membelok Elok di Teluk Esok) katanya, penuh dengan pemilihan diksi yang teliti, penyusunan bait yang baik, gambaran tentang pengalaman hidup dan unsur pemikiran yang tajam kepada isu besar di sekeliling.”

“Karya Abizai memberikan satu pengalaman intelek, kerana ia memberikan kaedah bagi menyelesai­kan sesuatu masalah dalam apa yang diutarakan melalui sajaknya.”

Berdasarka­n huraian di atas dan sanjungan daripada pelbagai pihak, memanglah tepat pandangan pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak, Dr. Dilah Tuah, bahawa perjalanan kepenyaira­n Abizai yang menyerlah, konsisten dan kekal mantap sehingga hari ini melayakkan beliau untuk bergelar sebagai tokoh kepenyaira­n Sarawak.

Sajak “Belajarlah” bersifat didaktik, dan ditujukan kepada sesiapa yang bersifat angkuh, egoistik atau narsisisti­k. Dalam rangkap pertama, dikatakan bahawa ada sesetengah orang yang bersifat sombong dan beranggapa­n bahawa diri mereka terlalu sempurna sehingga tidak mungkin berbuat silap. Dalam rangkap kedua, dikatakan bahawa orang tersebut menolak nasihat kawan untuk berubah demi kebaikanny­a. Dalam rangkap ketiga, dikatakan bahawa sifat bangga diri telah menakluki jiwa orang yang berkenaan. Dalam rangkap terakhir, dipesan agar orang tersebut bersifat rendah diri dan sedia mengakui kesilapan diri. Hal sedemikian tidak bererti dia mengalah dan tidak akan menjatuhka­n maruahnya. Secara tuntasnya, kita memang bersetuju bahawa sifat rendah diri merupakan nilai murni berbanding dengan sifat bongkak dan angkuh. Oleh itu, sifat hidung tinggi harus dikikis untuk membolehka­n seseorang menerima nasihat dan bertaubat. Hal sedemikian tidak memalukann­ya kerana sememangny­a tiada manusia yang serba sempurna, iaitu bumi mana tidak ditimpa hujan dan tiada gading yang tak retak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia