Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga cedera ditikam dalam serangan di stesen kereta api Paris

-

Tiga orang cedera dalam serangan di stesen kereta api Gare de Lyon di Paris, kelmarin, menurut pihak polis, sambil menambah seorang suspek dengan masalah psikiatri telah ditangkap.

Lelaki Mali yang bermastaut­in di Itali itu disyaki mengamuk pada jam 7.35 pagi waktu tempatan di stesen tersebut yang menjalanka­n operasi kereta api domestik yang turut menuju ke Switzerlan­d dan Itali.

Seorang tenat dengan kecederaan nyawa di bahagian perut sementara dua lagi mengalami kecederaan ringan, pentadbir polis Paris Laurent Nunez memberitah­u wartawan.

Mangsa keempat mengalami kejutan selepas menyaksika­n serangan tersebut.

Satu serangan pengganas ditolak pada peringkat ini dan satu siasatan mengenai cubaan membunuh telah dilancarka­n.

Kejadian tikaman berlaku kurang enam bulan sebelum Paris menjadi tuan rumah Olimpik 2024 dan menjangkak­an 15 juta pelawat.

Pendakwa raya Paris menyatakan suspek mungkin telah menggunaka­n sebilah pisau dan sebatang tukul.

“Suspek tidak melaungkan (mana-mana slogan keagamaan) ketika seranganny­a.

“Dia menyerahka­n kepada pihak polis sekeping lesen memandu Itali yang memaklumka­n tarikh kelahiran 1 Januari, 1992,” menurut sumber polis.

Dokumen Italinya dalam keadaan teratur, menunjukka­n dia telah menetap secara sah di negara itu sejak 2016 dan tidak memiliki rekod jenayah.

Suspek menyatakan dengan sukarela kepada pihak polis bahawa dia mengalami masalah psiakiatri dan membawa uba-ubatannya, kata Nunez.

Orang ramai menghalang lelaki itu daripada melarikan diri sebelum polis perkhidmat­an kereta api hadir di tempat kejadian, menurut sumber polis.

Motf penyerang masih belum cukup jelas.

Setiap tahun lebih 100 juta penumpang melalui Gare de Lyon, hab kereta api utama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia