Utusan Borneo (Sarawak)

Ukraine bedil bandar timur ditawan Rusia, 28 maut

-

MOSCOW: Satu serangan Ukraine ke atas bandar timur Lysychansk yang ditawan telah membunuh sekurangku­rangnya 28 orang, menurut pegawai Rusia kelmarin.

Lysychansk di wilayah Lugansk, jatuh ke tangan pasukan tentera Rusia selepas pertempura­n selama enam bulan dalam serangan Moscow pada 2022.

Piha berkuasa Rusia menyatakan Ukraine telah menyerang sebuah bangunan menempatka­n sebuah kedai kek terkenal.

“Malangnya 28 orang telah terkorban,” kementeria­n situasi kecemasan Rusia menyatakan menerusi Telegram.

Ia menyatakan bahawa penyelamat telah menyelamat­kan 10 orang dan menyerahka­n mereka kepada doktor, dan operasi menyelamat akan diteruskan hingga ke malam.

Gabenor Lugansk yang dilantik Moscow Leonid Pasechnik menyatakan sebelum itu bahawa Kiev telah menyasarka­n sebuah kedai kek terkenal menjual roti segar pada hujung minggu.

RIA Novosti menyiarkan video menunjukka­n sebuah bangunan yang ranap, dengan pekerja kecemasan menarik keluar sebuah kereta yang musnah sepenuhnya.

Bangunan satu tingkat itu mempunyai papan tanda besar yang tertulis ‘Restaurant Adriatic’ dan kelihatan musnah keseluruha­nnya.

Pihak berkuasa yang dilantik oleh Moscow menyatakan seorang lelaki tercedera parah dan tiga mangsa cedera ringan dibawa ke hospital di bandar Lugansk.

Lysychansk mempunyai satu populasi seramai kirakira 111,000 orang sebelum serangan Moscow.

Rusia telah mengambl alih kawalan ke atasnya dan bandar berkembarn­ya Severodone­tsk pada musim panas 2022.

Sementara itu di KIEV, pasukan tentera udara Ukraine kelmarin menyatakan ia telah menjatuhka­n sembilan daripada 14 dron yang dilancarka­n Rusia di wilayah selatan dan tengah.

Kiev menyatakan kebanyakan dron diarahkan ke arah bangunan tenaga di tengah wilayah Dnipropetr­ovsk, di mana 15,000 penduduk terputus bekalan elektrik sejak serangan Rusia pada Jumaat.

Ketiadaan bekalan elektrik telah menjejaska­n kebanyakan bandar utama T Krivyi Rig — pekan halaman Presiden Volodymyr Zelensky.

Ketua wilayah Sergey Lysak melaporkan tiada kematian atau kecederaan dalam serangan namun dua rumah persendiri­an musnah.

Selain itu di MOSCOW, satu kebakaran menjejaska­n loji minyak utama Rusia di barat daya wilayah Volgograd kelmarin, menurut pihak berkuasa selepas serangan dron yang diakui Ukraine.

Satu sumber keselamata­n Ukraine memberitah­u AFP bahawa perkhidmat­an keselamata­n SBU di Kiev telah menganjurk­an serangan itu.

“Malam semalam, pihak pertahanan udara dan gangguan elektronik telah membalas serangan oleh beberapa buah dron di wilayah Volgograd di daerah Kalachyovs­ky dan Zakanalye,” Gabenor

Andrei Bocharov berkata menerusi Telegram.

“Satu kebakaran bermula di loji penapisan Volgograd selepas salah satu dron dijatuhkan ke atasnya,” kat beliau, sambil menambah bahawa perkhidmat­an kebakaran berjaya mengawal kebakaran pada awal pagi.

Tiada sesiapa yang tercedera, kata Bocharov.

Perkhidmat­an kecemasan Rusia kemudian memberitah­u media tempatan kebakaran telah dipadamkan.

Kiev, yang terbiasa tidak mengaku bertanggun­gjawab atas serangan sebegitu, mengubah taktik dan kini secara umum mengakuiny­a.

“Kebakaran di loji penapisan di Volgograd telah ‘dianjurkan’ oleh dron SBU,” satu sumber dalam sekotr pertahanan Ukraine memberitah­u AFP.

Syarikat gergasi tenaga Rusia Lukoil, yang menjalanka­n loji tersebut, menyatakan dalam laman sesawangny­a bahawa ia merupakan pengeluar produk minyak terbesar dalam daerah persekutua­n Selatan, yang meliputi lapan wilayah di barat daya Rusia.

Loji itu terletak di selatan bandar Volgograd.

Media tempatan V1 menunjukka­n gambar letupan semalaman ketika serangan itu namun penduduk membertahu V1 bahawa mereka telah mendengar dua letupan.

Pihak tentera Rusia menyatakan sekatan elektronik telah menjatuhka­n atau menyekat empat dron di wilayah Belgorod yang bersempada­n dengan Ukraine, dua di Volgograd dan satu di kawasan Rostov-on-Don. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia