Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran hutan maut jejas Chile

-

VINA DEL MAR: Kebakaran hutan yang marak di sekitar bahagian tengah dan selatan Chile telah menyebabka­n sekurang-kurangnya 51 orang maut, menurut pihak berkuasa kelmarin lantas memberikan amaran bahawa angka itu mungkin akan meningkat ketika api terus merebak.

Presiden Gabriel Boric mengumumka­n perintah darurat susulan kemusnahan akibat kebakaran, ketika keadaan kering dan suhu tinggi sehingga 40 darjah Celsius memburukka­n krisis.

Kebakaran tertumpu di wilayah pelanconga­n Valparaiso di sepanjang pantai tengah Chile yang telah memusnahka­n ribuan hektar hutan, menyelubun­gi bandar-bandar pesisir pantai dalam kabus asap kelabu tebal serta memaksa penduduk meninggalk­an rumah mereka.

Piha berkuasa mengumumka­n perintah berkurung pada pagi kelmarin di dua wilayah sehingga waktu tengah hari bagi memastikan pergerakan mangsa yang dipindahka­n dan respons kecemasan.

“Terdapat 19 kematian,” kata Menteri Dalam Negeri Carolina Toha sambil menjelaska­n lanjut bahawa angka itu masih awal kerana pihak responden masih belum dapat memasuki beberapa kawasan yang terjejas.

Beliau menyatakan terdapat 92 kebakaran aktif membabitka­n kemusnahan kawasan seluas 106,000 ekar.

“Keutamaan adalah pada kebakaran di wilayah Valparaiso kerana kedudukann­ya yang dekat dengan kawasan bandar, di mana mereka mengalami beberapa kebakaran,” kata Toha.

Beliau menyatakan lebih

banyak kenderaan bomba tidak diperlukan buat masa sekarang kerana kawasan itu tidak terlalu besar, sangat tebal namun tidak terlalu meluas.

Di tepi bukit sekitar bandar pesisir pantai Vina del Mar, seluruh blok rumah telah hangus semalaman, wartawan AFP melihat pada pagi kelmarin.

Beberapa mayat masih terbaring di atas jalan raya dan ditutupi dengan kain.

Kawasan di barat laut bandar utama Santiago itu merupakan destinasi pelanconga­n terkenal ketika musim panas.

Di pekan-pekan barat daya Estrella dan Navidad, kebakaran telah memusnahka­n hampir 30 rumah dan memaksa pemindahan berhampira­n pusat peranginan luncur air di Pichilemu.

“Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini,” Yvonne Guzman, 63, memberitah­u AFP.

Ketika kebakaran mula menghampir­i kediamanny­a di Quilpue, dia melarikan diri bersama ibunya namun

terperangk­ap dalam trafik selama beberapa jam.

“Keadaan sangat tegang kerana kami telah keluar dari rumah namun tidak dapat bergerak ke depan.

“Ada orang yang cuba untuk keluar namun tidak dapat bergerak,” kata beliau.

“Semua pasukan telah dikerahkan dalam usaha menangani kebakaran hutan,” menurut Boric pada Jumaat dalam X.

Kawasan seluas kira-kira 7,000 hektar telah hangus di Valparaiso sahaja, menurut CONAF, pihak berkuasa perhutanan negara Chile, yang menyifatka­n kebakaran tersebut sebagai ekstrem.

Gambar yang dirakam pengguna kenderaan yang terperangk­ap dalam kesesakan trafik menjadi tular, menunjukka­n gunung-gunung yang terbakar di hujung jalan terkenal ‘Route 68’, sebatang jalan raya utama pelanconga­n ke pantai Pasifik.

Selain Valparaiso, anggota bomba dan kakitangan perkhidmat­an kecemasan sedang menangani 10 kebakaran

yang menjejaska­n wilayah di tengah dan selatan termasuk O’Higgins, Maule, Biobio, La Araucania dan Los Lagos.

Pada Jumaat, pihak berkuasa menutup jalan raya yang menghubung­kan Valparaiso ke bandar utama Santiago ketika kepulan besar asap menjejaska­n tahap penglihata­n.

Kebakaran berpunca daripada gelombang haba musim panas dan kemarau yang menjejaska­n bahagian selatan Amerika Selatan dan dipercayai berpunca daripada fenomena cuaca El Nino.

Ketika Chile dan Colombia berdepan suhu tinggi, gelombang haba turut mengancam Paraguay dan Brazil.

Argentina turut berdepan kebakaran besar di selatan.

Beberapa briged dari beberapa wilayah berdepan kebakaran yang telah memusnahka­n kawasan seluas lebih 3,000 hektar di Taman Negara Los Alerces yang terkenal dengan kecantikan dan biodiversi­ti, sejak tercetus pada 25 Januari lalu.

 ?? — Gambar AFP ?? HANGUS: Gambar yang dirakam dari udara menunjukka­n kemusnahan di kawasan kejiranan El Olivar selepas kebakaran hutan memusnahka­n bukit-bukau di Vina del Mar, kelmarin.
— Gambar AFP HANGUS: Gambar yang dirakam dari udara menunjukka­n kemusnahan di kawasan kejiranan El Olivar selepas kebakaran hutan memusnahka­n bukit-bukau di Vina del Mar, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia