Utusan Borneo (Sarawak)

Rafah kini sasaran rejim Israel

Serangan darat burukkan bedilan, serangan udara sasar orang awam

-

SEMENANJUN­G GAZA: Puluhan penduduk dilaporkan terbunuh dalam serangan udara sepanjang malam kelmarin hingga awal semalam di seluruh Semenanjun­g Gaza, tatkala kebimbanga­n memuncak mengenai kemungkina­n serangan darat oleh rejim Israel ke atas bandar sempadan selatan Rafah.

Kementeria­n kesihatan Gaza berkata awal semalam bahawa sekurang-kurangnya 92 orang telah terbunuh dalam serangan udara sejak malam kelmarin, antaranya serangan ke atas sebuah tabika di Rafah yang menempatka­n ramai pelarian dari wilayah utara.

Ramai penduduk melarikan diri dari wilayah yang paling teruk terjejas selepas diberitahu Rafah adalah zon selamat, namun serangan udara terus dilancarka­n rejim.

“Anak-anak sedang tidur apabila tiba-tiba kami dibom dan bangunan runtuh menimpa anak-anak saya.

“Tuhan telah mengambil seorang anak saya manakala tiga lagi terselamat.

“Anak saya kini sudah syahid di syurga,” kata seorang bapa Ahmad Bassam al-Jamal dengan penuh sebak kepada AFP.

Bandar dengan 200,000 penduduk itu kini menempatka­n lebih separuh populasi Gaza, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB).

Perwakilan agensi kemanusiaa­n PBB OCHA telah menyifatka­n Rafah sebagai ‘periuk tekanan kesengsara­an’ dan khuatir tentang kemungkina­n selanjutny­a kerana rejim telah memberi amaran pada Khamis bahawa tentera yang sedang melancarka­n serangan darat di utara kini mara ke selatan untuk sampai ke Rafah.

Orang awam kini bersesak di sepanjang sempadan dengan Mesir dan berusaha mengelak kawasan terdedah kepada pengeboman di wilayah berhampira­n Khan Younis.

“Kami keletihan, segerakan gencatan senjata agar kami dapat kembali ke rumahrumah kami,” kata seorang pelarian Gaza Mahmud Abu al-Shaar.

Perunding antarabang­sa

sedang mengenakan tekanan untuk mempersetu­jui perjanjian gencatan senjata yang dicadangka­n minggu lepas di Paris.

Namun pegawai kanan Hamas di Lubnan Osama Hamdan berkata kelmarin bahawa rangka kerja yang dicadangka­n itu tidak mempunyai beberapa butiran penting.

“Kami perlukan lebih masa untuk mengumumka­n pendirian kami berdasarka­n kepada keinginan kami untuk menamatkan secepat mungkin keganasan yang dialami rakyat kami,” kata Hamdan.

Sumber Hamas berkata, cadangan tersebut termasuk gencatan awal enam minggu yang akan membawakan lebih banyak bantuan ke Gaza serta pertukaran beberapa tebusan Israel dengan penduduk Palestin

yang ditahan di penjara rejim.

Ketua Hamas Ismail Haniyeh yang berpangkal­an di Qatar berkata, gencatan senjata mesti menjurus kepada pengundura­n sepenuhnya tentera rejim dari Gaza.

Sementara itu di Tel Aviv, ratusan berhimpun menyeru pilihan raya awal dan tindakan bagi membebaska­n saki-baki tebusan.

Demonstras­i juga diadakan di pelabuhan selatan Haifah dan kediaman Perdana Menteri di Baitulaham.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) dan rakan sekutunya Britain telah menyerang puluhan sasaran di Yaman sepanjang malam kelmarin sebagai respons terhadap serangan berterusan ke atas kapal-kapal di Laut Merah oleh kumpulan Houthi.

Tentera AS turut menyasari misil antikapal di Yaman pagi semalam yang menurutnya sedia untuk dilancarka­n ke Laut Merah.

Serangan udara bersama itu menyusuli gelombang berasingan serangan sehala AS ke atas sasaran berkaitan Iran di Iraq dan Syria sebagai respons terhadap kematian tiga askar AS di Jordan pada 28 Januari lalu.

Rejim Israel kelmarin turut menyatakan ia telah mengebom lebih 3,400 sasaran berkaitan Hizbullah merentasi selatan Lubnan, selain lebih 50 sasaran sekutu Hamas di Syria.

 ?? — Gambar AFP ?? SELAMAT TINGGAL: Seorang bapa memeluk mayat anak lelakinya buat kali terakhir sejurus ditemui di Hospital Najjar di Rafah, kelmarin.
— Gambar AFP SELAMAT TINGGAL: Seorang bapa memeluk mayat anak lelakinya buat kali terakhir sejurus ditemui di Hospital Najjar di Rafah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia