Utusan Borneo (Sarawak)

Barca rapatkan jurang dengan pendahulu liga Real Madrid

Barca menang 3-1 di Alaves dalam aksi La Liga Sepanyol dengan Roque dibuang padang selepas hanya 15 minit beraksi

-

BARCELONA: Barcelona menang 3-1 di Alaves dalam aksi La Liga Sepanyol pada Sabtu, dengan pemain remaja, Vitor Roque menjaringk­an gol dan kemudian dibuang padang dalam aksi menarik selepas dimasukkan dari bangku simpanan.

Juara bertahan liga yang berada di tangga ketiga liga itu membuka jaringan menerusi gol Robert Lewandowsk­i dalam separuh masa pertama dan menambah jaringan menerusi gol Ilkay Gundogan selepas rehat.

Samu Omorodion merapatkan kedudukan buat pasukan tuan rumah sebelum Roque, 18, menjaringk­an gol ketiga dan beberapa minit kemudian, dia diarah meninggalk­an padang.

Kemenangan Barca membantu mereka merapatkan jurang di belakang pendahulu liga, Real Madrid dengan kurang tujuh mata sebelum Real bermain lewat menentang kelab jiran, Atletico Madrid.

Mereka sudah menang dua perlawanan sejak jurulatih Xavi mengumumka­n bahawa dia akan meninggalk­an kelab pada akhir musim ini.

“Ia tidak mempunyai kaitan dengan keputusan Xavi,” kata pemain pertahanan Barca, Jules Kounde.

“Pasukan tahu bahawa kami harus mengembali­kan kekuatan kami tahun lepas, iaitu bertahan dengan baik dan bersaing dengan kuat.

“Berapa banyak bakat yang anda dalam pasukan, kami menentang pasukan berbakat yang juga mempunyai semangat – di gelanggang ini, anda harus mempunyai semangat dan kami memilikiny­a hari ini.”

Xavi menurunkan pemain pertahanan Andreas Christense­n, di posisi tengah

bertahan buat kali pertama dalam kariernya bersama Barca, dengan kelab masih sukar mencari pengganti terbaik untuk Sergio Busquets.

Pemain pertahanan antarabang­sa Denmark itu bermain dengan baik dan menunjukka­n kepada Xavi bahawa dia memiliki satu pilihan di masa hadapan, di hadapan pemain yang hilang perhatian, Oriol Romeu.

Alaves, di tangga ke-12, bermula dengan memberangs­angkan dan mencemaska­n pasukan pelawat di awal permainan tetapi gagal mengubah penguasaan bola kepada jaringan gol.

Barca berjaya membuka jaringan apabila Lewandowsk­i menyempurn­akan satu hantaran kemas Gundogan.

Ia adalah gol pertama penyerang antarabang­sa Poland itu dalam La Liga sejak bulan Oktober.

Barca menambah jaringan selepas rehat apabila Pedri mengumpan bola kepada Gundogan, yang mengawal bola dengan kemas sebelum merembat ke pintu gol.

Alaves bangkit menerusi gol Omorodion, yang menanduk satu hantaran lintang Alex Sola selepas melepasi kawalan Ronald Araujo

Barca bagaimanap­un tidak hilang fokus dan menjaringk­an gol ketiga menerusi pemain gantian, Roque, yang tiba dalam pasaran perpindaha­n pemain bulan Januari dari kelab Brazil, Athletico Paranaense.

Bagaimanap­un, penampilan Roque dari bangku simpanan hanya bertahan kurang 15 minit apabila dilayangka­n dua kad kuning dalam masa yang singkat.

Kad kuning kedua adalah kerana kekasaran ke atas Rafa Marin, yang kelihatan satu kekasaran tidak sengaja tetapi tiada semakan oleh panel video bantuan pengadil (VAR) kerana peraturan di mana VAR tidak dapat memberi nasihat kepada pengadil untuk insiden kad kuning kedua.

Xavi berkata mereka akan

RANCAK: Pertembung­an di antara pasukan Girona dan Real Sociedad di Stadium Montilivi di Girona. Perlawanan berkesudah­an seri 0-0.

merayu kad merah Roque, yang mendakwa berlaku pilih kasih dalam La Liga kerana kritikan pegawai penyiaran terhadap rangkaian televisyen kelab.

“Kami akan merayu kerana ia jelas satu kesilapan, ia satu lagi kesilapan pengadil kepada kami,” kata Xavi.

“Ia jelas satu kad merah yang tidak adil.”

Pada perlawanan lain, Girona seri tanpa jaringan dengan Real Sociedad, menyebabka­n mereka gagal memintas Real Madrid ke tangga teratas dan kini kurang satu mata di belakang dan bermain lebih satu perlawanan.

Valencia menewaskan Almeria 2-1 untuk naik ke tangga ketujuh liga.

Granada, yang berada di tangga ke-19 liga, seri 1-1 dengan Las Palmas, dan kini lima mata dari zon selamat selepas bermain lebih satu perlawanan berbanding tiga pasukan di hadapan mereka.

“Kami akan merayu kerana ia jelas satu kesilapan, ia satu lagi kesilapan pengadil kepada kami. Ia jelas satu kad merah yang ” tidak adil. Xavi Hernandez Jurulatih Barcelona

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara pasukan Alaves dan Barcelona yang berlangsun­g di Stadium Mendizorro­za di Vitoria. Barcelona menang 3-1.
— Gambar AFP AKSI HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara pasukan Alaves dan Barcelona yang berlangsun­g di Stadium Mendizorro­za di Vitoria. Barcelona menang 3-1.
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP
 ?? ?? XAVI
XAVI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia