Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern Munich tundukkan Moenchengl­adbach 3-1

-

Harry Kane menjaringk­an gol untuk membantu Bayern Munich bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Borussia Moenchengl­adbach 3-1 pada Sabtu, sekali gus mengekalka­n saingan dengan pendahulu Bundesliga Jerman, Bayer Leverkusen, yang menang 2-0 di Darmstadt.

Bayern kekal kurang dua mata di belakang Leverkusen, dengan kedua-dua pasukan bertemu di Leverkusen Sabtu depan.

“Perlawanan besar akan tiba. Kami mahu menunjukka­n sesuatu kepada penyokong kami,” kata pemain tengah Leverkusen, Granit Xhaka selepas perlawanan.

Tetapi ketika Leverkusen meraih kemenangan selesa di Darmstadt, hasil dua gol Nathan Bella, Bayern sekali lagi memerlukan bantuan Kane, yang sekarang sudah menjaringk­an 24 gol dalam 20 perlawanan liga setakat musim ini.

Gladbach tiba di Munich dengan rekod pertemuan hebat menentang Bayern, yang hanya menang sekali dari enam perlawanan terakhir.

Bayern bolos gol awal selepas kesilapan penjaga golnya, Manuel Neuer, yang membolehka­n Gladbach membuka jaringan menerusi rembatan jarak dekat Nico Elvedi.

Pemain kelahiran akademi Bayern, Aleksandar Pavolovic, mengikat kedudukan buat Bayern sebelum rehat apabila melolosi pertahanan Gladbach sebelum merembat bola ke pintu gol.

Gladbach beraksi dengan berani berdepan lawan yang dicemari krisis kecederaan dan hilang keyakinan sejak rehat musim sejuk.

Kane bagaimanap­un menyerlah ketika berbaki 20 minit permainan, menanduk masuk bola selepas satu kesilapan penjaga gol Gladbach, Moritz Nicolas.

Gol liga ke-24 Kane musim ini meletakkan­nya di landasan untuk menyamai rekod 41 gol dalam satu musim, yang dicipta oleh bekas penyerang Bayern, Robert Lewandowsk­i.

Jurulatih Bayern, Thomas Tuchel, kini mengalih perhatian untuk pertemuan dua pasukan teratas liga.

“Leverkusen beraksi dengan luar biasa musim ini, tetapi kami hanya kurang dua mata di belakang mereka.

“Kami akan bertandang ke Leverkusen dengan sasaran yang jelas – untuk memberikan kekalahan pertama mereka musim ini dan memintas ke tangga teratas liga.”

Pada perlawanan lain, Stuttgart mengambil sepenuh peluang keputusan seri tanpa jaringan di antara Borussia Dortmund dan Heidenheim pada Jumaat dengan meraih kemenangan 3-1 di Freiburg untuk menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan tiga mata di tangga ketiga liga.

Deniz Undaz meletakkan Stuttgart di hadapan seawal minit ketiga sebelum Chris Fuehrich menambah jaringan empat minit kemudian.

Freiburg beraksi dengan 10 pemain apabila Merlin Roehl menerima kad merah serta-merta kerana kekasaran pada minit ke-18 tetapi mereka berjaya merapatkan kedudukan menerusi gol Lucas Kuebler pada lewat separuh masa pertama.

Maximilian Mittelstae­dt melengkapk­an jaringan buat Stuttgart ketika berbaki 15 minit permainan.

Cologne meraih kemenangan ketiga mereka musim ini apabila menewaskan Eintracht Frankfurt 2-0. Kemenangan bagaimanap­un masih meletakkan mereka di slot playoff penyingkir­an liga namun menjarakka­n kedudukan dengan slot automatik penyingkir­an liga dengan kelebihan empat mata.

Augsburg memerlukan penalti minit kecederaan untuk seri 1-1 di Bochum sementara Werder Bremen menjaringk­an gol kemenangan seawal minit kedua untuk kemenangan 1-0 di Mainz. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia