Utusan Borneo (Sarawak)

EPL: Everton ikat Tottenham Hotspur 2-2

-

Kelab tercorot Liga Perdana Inggeris, Everton, mengikat Tottenham Hotspur 2-2 menerusi gol penyamaan lewat Jarrad Branthwait­e sementara Aston Villa naik ke tangga keempat liga dengan kemenangan 5-0 ke atas Sheffield United dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Bekas penyerang Everton, Richarliso­n hanya menjaringk­an satu gol liga buat Tottenham di antara Ogos 2022 dan Disember 2023.

Tetapi dia sekarang sudah menjaringk­an sembilan gol dalam lapan perlawanan liga terakhir Spurs selepas meletakkan pasukan pelawat di hadapan seawal minit keempat dan kemudian meletakkan Spurs sekali lagi di hadapan dengan satu rembatan dari hujung kotak penalti pada minit ke-41.

Everton bangkit selepas permulaan buruk dan taktik mereka menyasarka­n penjaga gol Spurs, Gulielmo Vicario dari tendangan sudut membuahkan hasil dengan gol penyamaan minit ke-30.

Jack Harrison menghadang Vicario sebelum menyempurn­a tandukan Dominic Calvert-Lewin ke pintu gol.

Dan pada minit kecederaan, pemain Spurs, Cristian Romero gagal mengeluar bola kemas dari bahaya, membolehka­n Branthwait­e menolak bola ke pintu gol untuk gol penyamaan.

“Ia jelas sekali tidak pernah perlawanan yang mudah di sini. Anda harus menanganin­ya dengan adil,” kata pengurus Tottenham, Ange Postecoglo­u.

Everton, yang berada di tangga ketiga dari bawah liga, gagal meraih sebarang

kemenangan dalam enam perlawanan liga terakhir tetapi pengurusny­a, Sean Dyche, berkata: “Kami sewajar sekurang-kurangnya keputusan seri, jika tidak tiga mata penuh.”

Villa memintas Spurs ke tangga keempat selepas kemenangan bergaya di Bramall Lane.

Di St James’ Park, Newcastle United dipaksa bangkit sebelum seri 4-4 dengan Luton Town.

Sean Longstaff meletakkan Newcastle di hadapan seawal minit ketujuh selepas menyempurn­akan hantaran Kieran Trippier.

Gabriel Osho mengikat kedudukan buat Luton pada minit ke-21 apabila melompat tinggi untuk menyudahka­n umpanan Ross Barkley.

Longstaff meletakkan Newcastle kembali di hadapan dua

minit kemudian tetapi Barkley mengikat kedudukan lima minit sebelum rehat.

Luton memperoleh­i penalti pada minit ke- 59 selepaas Chiedozie Ogbene dikasari oleh Dan Burn, dengan panel video bantuan pengadil (VAR) mengambil sedikit masa untuk memeriksa insiden itu.

Carlton Morris menyempurn­akan tendangan penalti tetapi tendangan diarahkan diambil semula kerana penceroboh­an pemain lebih awal ke dalam kotak penalti tetapi Morris mengekalka­n debaran untuk menyempurn­akan tendangan penalti buat kali kedua untuk meletakkan Luton 3-2 di hadapan.

Elijah Adebayo menjaringk­an gol keempat Luton tiga minit kemudian tetapi gol Trippier pada minit ke-67

mengembali­kan keyakinan pasukan tuan rumah.

Harvey Barnes, yang bermain buat kali pertama sejak bulan September selepas pulih dari kecederaan, melengkapk­an kebangkita­n Newcastle dengan gol penyamaan enam minit kemudian.

Satu mata membolehka­n Luton kini satu mata di atas zon penyingkir­an sementara Newcastle berada di tangga kesembilan.

Pada perlawanan lain, Brighton membelasah Crystal Palace 4-1 di Stadium Amex untuk meningkatk­an peluang memburu kelayakan ke bola sepak Eropah musim hadapan.

Burnley bangkit dari ketinggala­n 0-2 dengan dua gol David Datro Fofana untuk mengikat kedudukan 2-2 dengan Fulham di Turf Moor. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DETIK CEMAS: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Everton dan Tottenham Hotspur di Goodison Park di Liverpool.
— Gambar AFP DETIK CEMAS: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Everton dan Tottenham Hotspur di Goodison Park di Liverpool.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia