Utusan Borneo (Sarawak)

Meshaal Barsham jadi wira Qatar

Penjaga gol itu menepis tiga tendangan penalti Uzbekistan untuk bertemu dengan Iran di separuh akhir Piala Asia 2023

- Penjaga gol Qatar — AFP

DOHA: Penjaga gol Meshaal Barsham menjadi wira Qatar ketika pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan menewaskan Uzbekistan 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti untuk menempah pertemuan separuh akhir menentang Iran dalam aksi Piala Asia pada Sabtu.

Barsham menepis tiga penalti selepas perlawanan suku akhir berkesudah­an 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Pedro Miguel menjaringk­an penalti kemenangan Qatar di hadapan hampir 60,000 penyokong di Stadium Al-Bayt di utara Doha.

Pemain Qatar melambung Barsham ke udara untuk meraikan kejayaan pasukan melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan.

“Dalam penentuan sepakan penalti, ada harapan dan juga ada tuah,” kata Barsham, yang juga bernasib baik kerana dia berjaya menyelamat tiga tendangan lemah daripada pemain Uzbekistan.

Qatar sebelum ini memenangi empat perlawanan mereka dengan agak selesa di sini tetapi diberikan saingan sengit oleh Uzbekistan, yang sebelum ini dibayangka­n sebagai ‘kuda hitam’ kejohanan.

Qatar membuka jaringan pada pertengaha­n separuh masa pertama apabila kapten pasukannya, Hassan AL-Haydos, memaksa Utkir Yusupov tertolak bola ke pintu golnya sendiri selepas penjaga gol itu gagal menangkap kemas bola.

Uzbekistan bagaimanap­un berjaya mengikat kedudukan pada awal separuh masa

kedua apabila Odiljon Hamrobekov melepasi pertahanan Qatar sebelum merembat bola ke pintu gol.

Kedua-dua pasukan mempunyai peluang memenangi perlawanan dalam minit kecederaan dengan cubaan pemain Qatar, Almoez Ali juga hampir menghasilk­an

gol kemenangan dalam masa tambahan.

Jurulatih Qatar, Tintin Marquez, yang menggantik­an Carlos Queiroz sebulan sebelum kejohanan ini bermula, berkata mereka “belum mencapai apa-apa kejayaan” ketika membuat persediaan untuk menentang Iran pada

Rabu ini.

“Sudah tentu ia adalah perlawanan yang sangat penting tetapi pertama sekali kami perlu mengembali­kan tenaga kerana perlawanan hari ini (Sabtu) berlarutan ke masa tambahan,” kata Marquez.

Jurulatih Uzbekistan, Srecko Katanec berasa bangga

dengan pasukannya tetapi berkata mereka “seharusnya menjaringk­an gol untuk mengelak penentuan tendangan penalti”.

“Penalti sentiasa sukar, terutama sekali dari segi mental,” katanya dengan mendakwa anak buahnya “keletihan fizikal dan mental”.

Perlawanan separuh akhir pertama ialah pada Selasa apabila Korea Selatan menentang Jordan.

Alireza Jahanbakhs­h menyempurn­akan penalti minit ke-96 untuk membolehka­n Iran menewaskan Jepun 2-1 pada perlawanan suku akhir yang lain.

Ia melengkapk­an kebangkita­n luar biasa buat Iran, yang ketinggala­n pada masa rehat tetapi bangkit bergaya untuk menyingkir­kan pasukan pilihan juara dan juga menghidupk­an peluang mereka memenangi kejuaraan Piala Asia yang pertama sejak 1976.

Hidemasa Morita meletakkan Jepun, yang memburu kejuaraan untuk rekod kali kelima, di hadapan pada pertengaha­n separuh masa pertama perlawanan di Stadium Education City.

Mohammad Mohedi mengikat kedudukan buat Iran – juara tiga kali kejohanan – 10 minit selepas rehat dan mereka menguasai baki permainan.

Tetapi ketika permainan bakal berlarutan ke masa tambahan, Kou Itakura mengasari Hossein Kanaanizad­egan dalam kotak penalti, membolehka­n Jahanbakhs­h mengawal debaran sebelum menyempurn­akan gol kemenangan.

Jurulatih Iran, Amir Ghalenoeoi berkata pemainnya cukup “hebat” dalam separuh masa kedua.

“Mereka memberikan segala-galanya untuk rakyat Iran,” katanya.”

“Dalam penentuan sepakan penalti, ada harapan dan ” juga ada tuah. Meshaal Barsham

 ?? — Gambar AFP ?? WIRA PASUKAN: Pemain Qatar melambungk­an Barsham ke udara sebagai tanda perwira pasukan selepas berjaya menepis tiga tendangan penalti pada perlawanan suku akhir Piala Asia 2023 menentang Uzbekistan di Stadium Al-Bayt di Doha.
— Gambar AFP WIRA PASUKAN: Pemain Qatar melambungk­an Barsham ke udara sebagai tanda perwira pasukan selepas berjaya menepis tiga tendangan penalti pada perlawanan suku akhir Piala Asia 2023 menentang Uzbekistan di Stadium Al-Bayt di Doha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia