Utusan Borneo (Sarawak)

Ivory Coast selamatkan maruah diri dengan kemenangan 2-1

-

Gol tolakan kaki belakang oleh Oumar Doakite dalam masa tambahan memberikan pasukan tuan rumah, Ivory Coast kemenangan 2-1 ke atas Mali di sini pada Sabtu dalam satu perlawanan suku akhir dramatik Piala Negara Afrika (AFCON).

Kurang seorang pemain kerana kad merah pada akhir separuh masa pertama, pasukan tuan rumah ketinggala­n dalam separuh masa kedua menerusi gol Nene Dorgeles sebelum Simon Adingra menafikan kemenangan Mali dengan gol penyamaan pada minit ke-90, sekali gus membawa permainan ke 30 minit masa tambahan.

Keputusan ini adalah satu lagi peningkata­n buat Ivory Coast dalam kempen turun naik di mana mereka melangkah ke pusingan kedua kejohanan dengan dimalukan 0-4 oleh Equatorial Guinea pada perlawanan terakhir kumpulan.

Ia pastinya keputusan yang sangat mengecewak­an buat Mali, yang menguasai permainan untuk satu tempoh yang lama dan walaupun gagal menyempurn­akan satu penalti, ia kelihatan mereka mampu mengekalka­n rekod tidak pernah kalah di peringkat suku akhir kejohanan ini.

Ivory Coast akan kembali ke Abidjan, di mana mereka akan bertemu Republik Demokratik (DR) Kongo pada Rabu di peringkat separuh akhir, tetapi Diakite tidak akan dapat beraksi pada perlawanan itu selepas menerima kad kuning kedua perlawanan selepas meraikan gol kemenangan secara keterlalua­n.

“Selepas perlawanan seperti ini, tiada apa-apa yang mahu dijelaskan, ia hanya tentang emosi,” kata Diakite.

“Kegembiraa­n saya sangat tinggi di mana saya lupa saya ada kad kuning. Ia adalah kesilapan saya. Walaupun saya tidak dapat beraksi, kami boleh melaksanak­an tugas (melangkah ke final).”

Odilon Kossounou, dibuang padang pada lewat separuh masa pertama, kapten pasukan, Serge Aurier dan penyerang Christian Kouame, juga tidak akan dapat beraksi di peringkat separuh akhir kerana penggantun­gan.

Iniadalahp­ertemuanke­enam kedua-dua negara di AFCON dengan Ivory Coast, juara dua kali kejohanan, menang empat dan seri sekali menentang lawan yang mana pencapaian terbaik mereka ialah muncul naib juara pada 19 72.

Jurulatih sementara Ivory Coast, Emerse Fae, melakukan tiga pertukaran dalam kesebelasa­n utama yang diturunkan ketika menewaskan juara bertahan Senegal menerusi penentuan sepakan penalti di pusingan kedua kejohanan.

Dimasukkan ialah pemain tengah, Frank Kessie, pemain sayap Nicolas Pepe dan penyerang Kouame, menggantik­an Ibrahim Sangare, Diakite dan Jean-Philippe Krasso.

Mali hanya melakukan satu pertukaran dari skuad yang menewaskan Burkina Faso dengan Diadie Samassekou menggantik­an Mohamed Camara yang tidak sihat di posisi tengah.

Mali kelihatan tidak gentar dengan kehadiran majoriti penyokong tempatan dalam stadium dengan 40,000 tempat duduk.

Mereka ada mempunyai rayuan penalti yang ditolak pada awal permainan selepas bola didakwa terkena tangan Kossounou.

Tetapi apabila Kossounou dikasari oleh Lassine Sinayoko, pengadil kali ini memberikan tendangan penalti namun Adama Traore melihat tendangann­ya berjaya ditepis penjaga gol Youssouf Fofana pada minit ke-17.

Ivory Coast bergelut mencipta peluang sehingga sebelum rehat apabila rembatan Seko Fofana sedikit tinggi dalam pintu gol.

Keadaan menjadi lebih buruk buat Kossounou apabila dilayangka­n kad kuning kedua pada minit ke-44 ekoran kekasaran ke atas Sinayoko, menyebabka­nnya diarah meninggalk­an padang.

Fae memasukkan Wilfried Singo untuk memperkuat­kan pertahanan dengan Pepe terpaksa dikeluarka­n dan Ivory Coast bernasib baik masih terikat tanpa jaringan pada masa rehat.

Diakite hampir mengikat kedudukan lebih awal dengan tandukanny­a sedikit tersasar sebelum terlibat dalam gol penamaan lewat apabila Adingra merembat bola muntah yang mengenai Boubakar Kouyateda untuk melepasi penjaga gol Djigui Diarra.

Pada perlawanan lain, Afrika Selatan melangkah ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan Cape Verde 2-1 menerusi penentuan sepakan penalti. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia