Utusan Borneo (Sarawak)

Pengambila­lihan bank bantu, sokong PKS

- Oleh Agnes Tugong

Pengambila­lihan pegangan saham dalam Affin Bank Bhd (Affin Bank) oleh Sarawak bertujuan membantu dan menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau tidak menafikan bantuan dan sokongan institusi perbankan sedia ada kepada komuniti perniagaan khususnya PKS di negeri ini.

Tetapi katanya, proses kelulusan mengambil masa kerana semua ibu pejabat bank-bank komersial yang ada berpusat di Kuala Lumpur.

“Seperti yang saya nyatakan di Kuala Lumpur sebelum ini, kita mempunyai minat dalam Affin Bank dan perbincang­an sudah dimuktamad­kan.

“Hanya soal formaliti daripada Bank Negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesye­n Ke-8 Pusat Kecemerlan­gan Teknologi Sarawak (CENTEXS) di Dewan Serba Guna CENTEXS, Santubong di sini, semalam.

Terdahulu semasa berucap pada konvokesye­n tersebut, Abang Johari berkata, pengambila­lihan pegangan saham dalam Affin Bank ini akan termeterai dalam sebulan ini.

Bank ini juga katanya, akan bergabung dengan SPayGlobal (dulu dikenali sebagai Sarawak Pay), aplikasi e-dompet Sarawak bagi melonjakka­n lagi industri SME di negeri ini.

Ditanya berapa pegangan saham yang akan diambil alih oleh Sarawak, Abang Johari berkata ia adalah mengikut peratusan maksimum yang dibenarkan oleh Bank Negara.

Ketika ini pemegang saham utama Affin Bank iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memiliki 28.785 peratus pegangan manakala Bousted Holding Bhd memiliki 20 peratus saham manakala Sarawak sudah memiliki 4.796 peratus saham

 ?? — Gambar UKAS ?? REAKSI: Abang Johari bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas Konvokesye­n CENTEXS semalam.
— Gambar UKAS REAKSI: Abang Johari bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas Konvokesye­n CENTEXS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia