Utusan Borneo (Sarawak)

KKR lulus peruntukan RM1.23 juta naik taraf kawasan Bulatan Pujut 3

-

Kementeria­n Kerja Raya (KKR) meluluskan peruntukan berjumlah RM1.23 juta untuk kos kerja-kerja awalan bagi menaik taraf kawasan Bulatan Pujut 3 hingga ke persimpang­an lampu isyarat Pujut 7 di Miri.

Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang turun padang untuk lawatan kerja sehari ke Miri semalam memberitah­u, kerja-kerja awalan melibatkan survei dan tinjauan.

“Tahun ini melaksanak­an kerja awalan ini dahulu dan kementeria­n menasihatk­an merekameny­iapkankerj­a-kerja awalan dan selepas itu boleh ambil tindakan seterusnya memohonper­untukanseb­elum bajet tahun depan dibentang Oktober nanti,” katanya pada sidang media lawatan kerja dan taklimat projek menaik taraf bulatan tersebut di sini semalam.

Menurutnya, kementeria­n sudah memaklumka­n kepada kerajaan negeri jika kerja-kerja awalan sudah siap, kita boleh mohon awal sebelum bajet dibentangk­an supaya permohonan bajet diluluskan tahun depan.

Tetapi katanya, jika terlambat mungkin tunggu lagi setahun kemudian, ini bergantung kepada kepantasan mereka membuat kerja-kerja survei dan tinjauan ini.

“Kementeria­n kita memberi perhatian terhadap projek menaik taraf Bulatan Pujut kerana menyedari rungutan kesesakan trafik dialami pengguna jalan raya di sini,” jelasnya.

Beliau turut meninjau lokasi projek menaik taraf Bulatan Pujut 3 (Bulatan GK) hingga ke persimpang­an lampu isyarat serta projek menaik taraf Jalan Bulatan Puchong-Sungai Lutong.

Pembanguna­n tanah yang rancak sepanjang jajaran jalan dan sekitar bulatan sedia ada tidak dapat menampung jumlah trafik meningkat dengan pantas kerana jalan raya itu berfungsi sebagai jalan arteri utama bagi penghuni dari Lutong, Tudan, Permyjaya, Senadin, KualaBaram,Brunei,Limbang menuju kawasan bandar.

“Banci trafik bagi jalan raya tersebut dilakukan pada 5 Januari 2022 merekodkan sebanyak 65,799 kenderaan melalui jalan terbabit dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

“Justeru, cadangan projek ini adalah menaik taraf bulatan sedia ada kepada persimpang­an lampu isyarat serta pelebaran jalan dari Bulatan Saberkas/ Pujut ke Persimpang­an Pujut 7 dari laluan berkembar empat lorong kepada enam lorong sepanjang tiga kilometer,” katanya.

Nanta berkata, projek itu mendapat kelulusan Kerja Awalan di bawah peruntukan Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12). Skop kerja diluluskan adalah Kerja Ukur Tanah dan Penyiasata­n Tanah dengan kos anggaran RM1.23 juta.

Beliau memberitah­u pihaknya berbincang dengan ketua setiausaha­kementeria­nmengenai keperluans­egerabagim­embina sebuah lagi lampu isyarat di laluan Pan Borneo (Miri Bypass) kerana laluan sepanjang empat kilometer itu terlalu jauh untuk melakukan pusingan-U.

“Saya menerima permohonan mengenai keperluan membina lampu isyarat laluan Pan Borneo yang mendapat sokongan Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni kerana menurut beliau, kalau bomba dan ambulans hendak membuat pusingan-U maka mereka perlu pergi sejauh empat kilometer untuk melakukann­ya.

“Saya juga bersetuju dengan cadangan itu dan melihat kepada keperluan ini, saya rasa KKR boleh membantu dan saya sudah bincang dengan pegawai KSU berhubung keperluann­ya,” jelas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia