Utusan Borneo (Sarawak)

CENTEXS menganuger­ahkan sijil kepada 1,827 graduannya

-

Pusat Kecemerlan­gan Teknologi Sarawak (CENTEXS) menganuger­ahkan sijil kepada 1,827 graduannya pada Majlis Konvokesye­n Ke-8 yang berlangsun­g selama empat hari sehingga 8 Februari ini.

Majlis konvokesye­n disempurna­kan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Serba Guna CENTEXS di Santubong semalam yang turut dihadiri Pengerusi CENTEXS Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Morshidi dalam ucapannya berkata, daripada 1,827 graduan yang diraikan seramai 1,534 graduan adalah daripada Akademi Industri dan 293 graduan lagi daripada Akademi Digital dan Tenaga Hijau.

“Semua graduan ini adalah daripada 52 daripada 84 program yang ditawarkan CENTEXS dengan bidang fokus dalam Digital, Tenaga Hijau, Minyak dan Gas, Elektrikal, Pembinaan, Teknologi Fesyen, Warisan, Hospitalit­i dan Pelanconga­n.

“Program-program ini dipersijil­kan di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa daripada industri terkemuka termasuk Schlumburg

er (SLB), Sarawak Metro, Sarawak Energy, PETROS, SHELLMDS, Longi, SALCRA, Dayang Enterprise Holdings Berhad, Press Metal Bintulu, Hilton, Pullman dan banyak lagi,” katanya.

Sempena konvokesye­n tersebut turut diadakan sesi temu duga terbuka dengan kerjasama Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Prudential untuk graduan CENTEXS.

“Kami telah melatih 16,201 pelatih termasuk Program Sepenuh Masa, Program Jangkauan Teknologi Industri, Program Jangkauan Teknologi Komuniti dan

Program Transforma­si Kampung.

“Secara keseluruha­n, kami telah mencapai 93 peratus kebolehpas­aran setakat November 2023 dan untuk rekod, graduan CENTEXS telah bekerja merentasi industri di Sarawak, Malaysia dan antarabang­sa,” katanya.

Selain memantapka­n belia, pekerja industri dan graduan universiti, CENTEXS kata Morshidi juga memberi peluang kepada pekerja sedia ada untuk meningkatk­an kemahiran mereka di mana pada konvokesye­n kali ini, ada graduasi edisi khas untuk dua pekerja CENTEXS.

 ?? — Gambar UKAS ?? TERLATIH: Sebahagian daripada wajah-wajah graduan CENTEXS bagi Majlis Konvokesye­n Ke-8.
— Gambar UKAS TERLATIH: Sebahagian daripada wajah-wajah graduan CENTEXS bagi Majlis Konvokesye­n Ke-8.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia