Utusan Borneo (Sarawak)

KPWK sedia bekerjasam­a dengan JIM Sarawak tangani isu PATI di negeri ini

-

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti (KPWK) sedia bekerjasam­a dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak terutama bagi menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, isu PATI bukan sahaja melibatkan golongan lelaki tetapi juga wanita dan kanakkanak.

“Kalau bercakap tentang kanak-kanak, kita akan melihat juga tentang umur dan tempoh mereka berada di depot tahanan.

“Ini akan menentukan misalnya, dari segi hak-hak yang perlu diberikan kepada kanak-kanak itu seperti hak untuk mendapat pendidikan, itu hak asasinya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Imigresen Malaysia Sarawak yang baharu Abang Abdul Halim Abang Naili di Bangunan Baitul Makmur Il di sini, semalam.

Fatimah menambah, melihat situasi itu maka pentingnya untuk kementeria­nnya

bersama JIM Sarawak menjalinka­n kerjasama strategik membantu kumpulan sasar tersebut.

“Dengan ini, kita dapat berkolabor­atif bagaimana memastikan hak asasi kanakkanak diteliti dengan baik tanpa mengira apa jua kewarganeg­araan mereka.

“Ini adalah antara beberapa perkara yang kita bincangkan dan kongsikan bersama JIM Sarawak semasa kunjungan hormat tadi,” katanya.

Selain isu PATI, Fatimah

berkata, kementeria­nnya turut membincang­kan kerjasama menangani isu dadah dan substans khususnya di kawasan sempadan yang mana JIM Sarawak merupakan salah satu ahli Jawatankua­sa Sehenti (OSC).

“Esok (6 Februari) kita akan ada mesyuarat OSC menangani isu dadah dan substans yang pertama bagi peringkat negeri untuk tahun ini.

“Mesyuarat ini akan menentukan hala tuju kita untuk tahun 2024 sekali gus akan mendengar laporan daripada agensi dan isu yang dikemukaka­n oleh OSC di peringkat bahagian dan daerah,” ujarnya.

Fatimah berkata, satu lagi perkara yang turut dibincangk­an adalah mengenai bidang tugas dan tanggungja­wab dalam menangani isu gelandanga­n.

“Pada Januari lalu, kita telah menyelamat­kan 12 gelandanga­n di Lawas dengan empat daripadany­a PATI dan mereka ini telah diserahkan kepada JIM Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Abang Abdul Halim berkata tujuan pihaknya mengadakan kunjungan hormat itu adalah untuk menyelaras kerjasama yang boleh dilakukan dengan KPWK.

“Sebagaiman­a yang kita sedia maklum, kita (JIM) menguat kuasa berkaitan dengan PATI.

“Jadi dalam kes-kes berkaitan dengan pembanguna­n wanita dan melibatkan PATI, adalah sangat penting untuk mengadakan program bersama bagi tujuan tertentu,” katanya sambil memberitah­u bahawa jabatannya akan kerap bersama dengan KPWK.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Fatimah menerima cenderamat­a daripada Abang Abdul Halim sambil disaksikan (dari kiri) Timbalan Penolong Pengarah Kanan, Pejabat Pengarah JIM Sarawak Sapiee Mohd Nawei dan Ketua Bahagian Visa, Pas dan Permit JIM Sarawak Yusdi Morshidi serta yang lain.
TERIMA KASIH: Fatimah menerima cenderamat­a daripada Abang Abdul Halim sambil disaksikan (dari kiri) Timbalan Penolong Pengarah Kanan, Pejabat Pengarah JIM Sarawak Sapiee Mohd Nawei dan Ketua Bahagian Visa, Pas dan Permit JIM Sarawak Yusdi Morshidi serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia