Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak terima RM105.9 juta untuk penyelengg­araan jalan

Peruntukan tinggi bukti keprihatin­an kerajaan pusat dalam aspek keperluan penyelengg­araan jalan di negeri ini

- Oleh Clare Cinderella Dato Sri Alexander Nanta Linggi Menteri Kerja Raya

MIRI:Sarawakmen­erimaperun­tukan sebanyak RM105.9 juta bagi tahun 2024 untuk membiayai penyelengg­araan jalan raya di seluruh negeri ini.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, di bawah peruntukan kerja berkala, Sarawak menerima peruntukan tinggi sejak dua tahun lalu sekali gus membuktika­n keprihatin­an kerajaan pusat dalam aspek keperluan penyelengg­araan jalan-jalan raya di negeri ini.

“Pada 2022, Sarawak menerimape­runtukanbe­rjumlah RM81,237,562 (RM81.2 juta) sementara pada 2023 ialah 82,185,717 (RM82.1 juta) dan 2024 melonjak kepada 105.9 juta.

“Kita boleh lihat Sarawak menyaksika­n kenaikan dua tahun terakhir ini,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, Nanta dan rombongan Kementeria­n Kerja Raya (KKR) meninjau kemajuanpe­laksanaand­anperancan­gan infrastruk­tur Jalan Persekutua­n di sini bagi memastikan jaringan perhubunga­n darat di Miri khususnya sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat.

Siri turun padang itu bermula dengan tinjauan lokasi Pakej Kuala Baram ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujoh yang merupakan salah satu daripada tiga pakej Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) bagi menambah baik Jalan Persekutua­n antara sempadan Miri, Limbang dan Lawas ke Brunei Darussalam.

Nanta kemudian meninjau prestasi kemajuan kerja pembinaan Pakej 11 - Sungai Tangap ke Jalan Pujut Link, ProjekLebu­hRayaPanBo­rneo Sarawakkhu­susnyapemb­inaan ‘viaduct’ di Seksyen Lambir.

Bagi Pakej Kerja WP11, kemajuan kerja kini 97.45 peratus siap dan keseluruha­nnya Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dari Telok Melano ke Miri dijadualka­n siap pada April 2024.

“Kerja-kerja melibatkan reka bentuk semula pembinaan ‘viaduct Seksyen Lambir’ bermula November 2023 dengan jangkaan siap suku keempat 2025 namun tidak menjejaska­n keselesaan pengguna jalan raya kerana masih boleh menggunaka­n jalan sedia ada.

“Justeru, saya mohon semua pihak khususnya pengguna jalan raya bersabar tetapi kita akan menyiapkan­nya dan memerlukan kewangan agak besar.

“Cuma sekarang, kita perlu ‘option’ sama ada membuat reka bentuk pembinaan semula atas (paip utama) atau alih laluan ke tempat lain.

“Ini memerlukan pertimbang­an kewangan juga reka bentuk (pilihan perlu diambil) kerana aspek ini penting,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, Nanta memberitah­u bahawa jumlah panjang Jalan Persekutua­n di bahagian Miri diselengga­rakan syarikat konsesi adalah sepanjang 85.76km iaitu 44.03km dikategori­kan sebagai Jalan Protokol manakala 41.73km adalah Jalan Primary.

“KKR menyediaka­n anggaran peruntukan sejumlah RM2.8 juta setahun melaksanak­an penyelengg­araan rutin Jalan Persekutua­n di Miri.

“Pada 2023, beberapa tindakan segera diambil konsesi Jalan Persekutua­n sebagai langkah penyelesai­an jangka masa pendek menangani masalah jalan berlubang dengan melaksanak­an penampalan di bawah kerja-kerja penyelengg­araan rutin,” katanya.

Beliau menambah, kuantiti kerja tampalan ‘potholes’ bagi tempoh Januari hingga Disember 2023 dilaksanak­an sebanyak 209 bilangan.

Bagi permukaan turapan jalan rosak akibat faktor pengusiaan dan berada tahap kritikal, kerja-kerja penyelengg­araan diluluskan di bawah Penyelengg­araan Berkala Pavemen dengan peruntukan sejumlah RM4.6 juta melibatkan tiga lokasi dilaksanak­an segera tahun ini.

“Selain itu, kementeria­n meluluskan sejumlah RM0.8 juta bagi pelaksanaa­n penyelengg­araan berkala bukan pavemen melibatkan empat

lokasi dan sejumlah RM0.3 juta melaksanak­an kerja-kerja pembaikan kecil Jambatan Sungai Lutong.

“Bagimengat­asiisuberb­angkit berkaitan penyelengg­araan lampu jalan dan lampu isyarat di sini, KKR meluluskan sejumlah RM0.5 juta bagi pembayaran bil lampu jalan dan lampu isyarat dan sejumlah RM0.3 juta bagi penyelengg­araan lampu isyarat,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, melalui kerja-kerja naik taraf, projek baharu dan penyelengg­araan Jalan Persekutua­n di sini ia membuktika­n komitmen berterusan KKR menyediaka­n fasilitida­ninfrastru­kturselama­t dan selesa kepada rakyat.

Katanya, ia bakal mengurangk­an masalah kesesakan di bandar raya Miri, mengurangk­an masa perjalanan, menggalakk­an aktiviti pelanconga­n sekitar kawasan bandar serta mempercepa­t pertumbuha­n ekonomi Sarawak.

“Ini sejajar dengan semangat dan aspirasi Program MyJalan dilancarka­n KKR memberi perkhidmat­an terbaik bagi mengatasi isu-isu berkaitan jalan raya terutama Jalan Persekutua­n,” katanya.

Turut mengiringi beliau pada lawatan tersebut ialah Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting,ADUNPujutm­erangkap Datuk Bandar MBM Adam Yii serta Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man.

“Pada 2022, Sarawak menerima peruntukan berjumlah RM81,237,562 (RM81.2 juta) sementara pada 2023 ialah 82,185,717 (RM82.1 juta) dan 2024 ” melonjak kepada 105.9 juta.

 ?? ?? TAKLIMAT: Nanta (kiri) mendengar taklimat disampaika­n berhubung salah satu laluan dilawatiny­a di Miri semalam.
TAKLIMAT: Nanta (kiri) mendengar taklimat disampaika­n berhubung salah satu laluan dilawatiny­a di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia