Utusan Borneo (Sarawak)

Setiap bahagian digesa cipta tanda acara: Snowdan

MTCP sedia dana untuk pelaksanaa­n acara yang perlu dipohon, diberi ikut skala besar atau kecil acara itu

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n (MTCP) menggesa setiap bahagian di Sarawak untuk mencipta tanda acara masing-masing.

Demikian kata Timbalan Menteri MTCP Datuk Snowdan Lawan ketika berucap pada Majlis Malam Koboi di Karnival Tahun Baharu Cina Batu Kitang yang diadakan malam kelmarin.

“Sarawak besar, kita harus seimbangka­n penjanaan ekonomi secara sama rata dan MTCP sememangny­a menyokong festival, pesta, karnival dan sebagainya untuk jana pendapatan rakyat.

“MTCP telah menyediaka­n dana untuk setiap pelaksanaa­n acara namun ia perlulah dipohon dan akan diberikan mengikut skala besar atau kecilnya acara tersebut,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau mendedahka­n Sarawak telah menyasarka­n empat juta kedatangan pelancong dan pengunjung menjelang penghujung tahun ini (2024).

Ia berikutan MTCP berjaya melangkaui rekod tiga juta kedatangan pengunjung dan pelancong ke Sarawak bagi tahun 2023 melebihi sasaran terdahulu pihaknya.

Usaha itu juga ujar beliau, akan membantu penduduk tempatan menjana pendapatan tambahan.

Tidak dapat dinafikan tambah Snowdan, Sarawak sejak lima tahun kebelakang­an ini telah menyaksika­n pelbagai tanda acara yang telah diadakan menjadi tarikan kepada para pengunjung.

Maka itu beliau berharap Karnival Tahun Baharu Cina

Sarawak besar, kita harus seimbangka­n penjanaan ekonomi secara sama rata dan MTCP sememangny­a menyokong festival, pesta, karnival dan sebagainya untuk jana pendapatan rakyat.

Datuk Snowdan Lawan Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

Batu Kitang akan menjadi penganjura­n sebuah majlis yang lebih besar pada masa

mendatang.

“Sarawak mempunyai 34 suku kaum yang mempunyai

keunikan kebudayaan dan makanan masing-masing, sudah pasti kita mempunyai kelebihan untuk ditampilka­n kepada orang luar,” katanya.

Sebelum ini, penganjur Malam Koboi Karnival Tahun Baharu Cina Batu Kitang telah menerima tajaan sebanyak RM70,000 daripada MTCP dan beliau secara peribadi turut menambah lagi RM20,000 semalam.

Hadir sama adalah Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin, Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang dan Ahli Dewan Negara Senator Dato Ahmad Ibrahim.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Aloysius Kuyong, Setiausaha Agung DBNA Jubilant Austinway, Pengerusi Penggerak Kemajuan Kota Padawan Albert Lee dan pengerusi penganjur Zen Wong.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Snowdan (tiga kanan) menerima cenderamat­a daripada Albert sambil disaksikan Lo (tiga kiri) pada majlis itu malam kelmarin.
TERIMA KASIH: Snowdan (tiga kanan) menerima cenderamat­a daripada Albert sambil disaksikan Lo (tiga kiri) pada majlis itu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia