Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa membawa kemajuan, kesejahter­aan kepada semua masyarakat

-

SRI AMAN: Kerajaan sentiasa berusaha gigih membawa kemajuan dan kesejahter­aan kepada semua lapisan masyarakat di negeri ini khususnya penduduk di kawasan luar bandar.

Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie berkata usaha itu dapat dilihat melalui pelbagai program pembanguna­n dilaksanak­an kerajaan untuk manfaat dan kesenangan rakyat.

Menurutnya, pembanguna­n kerajaan akan sukar dicapai dengan berkesan sekiranya rakyat tidak memanfaatk­an sepenuhnya segala peluang dan kemudahan disediakan kerajaan.

“Ini sudah tentu merugikan semua dan boleh membantutk­an pelaksanaa­n projekproj­ek pembanguna­n di negeri ini,” katanya pada majlis

perasmian air bersih di Rumah Tiam, Kampung Sebemban Jampu, Bukit Begunan dekat sini Sabtu lalu.

Sehubung itu, katanya rakyat tidak boleh lagi bersikap berdiam diri dan hanya mengharapk­an segala bantuan dan subsidi daripada kerajaan sahaja.

Sebaliknya, rakyat perlu berdikari, mempunyai inisiatif dan merebut segala peluang disediakan dalam pelbagai sektor seperti perindustr­ian, perniagaan, teknologi, perladanga­n, pendidikan dan sebagainya.

Dalam konteks ini, rakyat harus berupaya memahami dan menerima perubahan serta idea-idea baharu dengan mengubah cara berfikir dan bekerja supaya tidak tercicir daripada arus pembanguna­n.

“Dengan menghadapi era globalisas­i ledakan teknologi usaha meningkatk­an komunikasi pembanguna­n menjadi semakin penting dengan kehendak membina masyarakat berilmu dan berinforma­si atau ‘k-Society’.

“Justeru, kuasa berfikir masyarakat dan kebolehan melakukan inovasi perlu diberi penekanan agar mereka mampu bersaing dan menghadapi cabaran-cabaran sosioekono­mi masa kini,” jelasnya.

Hadir sama Penghulu Bangga, Penghulu Lee, Penghulu Menjang serta pegawai Pejabat Daerah Pantu dan tuai-tuai rumah.

 ?? ?? AMANAT: Doris (kiri) menyampaik­an ucapan pada majlis tersebut Sabtu lalu.
AMANAT: Doris (kiri) menyampaik­an ucapan pada majlis tersebut Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia