Utusan Borneo (Sarawak)

Ling sumbang pendingin hawa, limau kepada Hospital Miri

-

Hospital Miri menerusi Lembaga Pelawatnya menerima sumbangan lima unit pendingin hawa dan sebanyak 105 kotak limau mandarin yang didermakan oleh Ahli Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) merangkap Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Alan Ling.

Majlis simbolik penyerahan sumbangan telah dilakukan semalam serta disaksikan Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man, Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong dan wakil Ahli Lembaga Pelawat Bryant Chin.

Kesemua pendingin hawa telah siap dipasang kelmarin. Mereka kemudianny­a mengunjung­i pesakit dan kakitangan bertugas dengan mengedarka­n buah mandarin.

Chiew dalam ucapannya memuji usaha Ling dan berharap lebih ramai pihak di sini mencontohi beliau dalam membantu mendapatka­n keperluan fasiliti untuk kemudahan dan keselesaan pesakit.

Menurut Chiew, beliau dimaklumka­n bahawa sebanyak 16 unit pendingin hawa diperlukan dan lima telah ditaja Ling.

“Saya akan meneliti dan berusaha untuk membantu pihak hospital dalam perkara ini untuk menyediaka­n ruang kerja yang kondusif di Hospital Miri, “jelasnya.

Sumbangan limau juga sebagai tanda penghargaa­n kepada semua kakitangan atas dedikasi dan khidmat cemerlang ketika menjalanka­n tugas.

Terdahulu Wong berkata, sumbangan limau daripada Ling dipercayai terbanyak pernah diterima pihak Hospital Miri setakat ini.

Menurutnya, keprihatin­an yang ditunjukka­n Ling akan membantu meningkatk­an semangat kerja dalam kalangan kakitangan, selain memberi keselesaan kepada pesakit dan pengunjung dengan penyediaan pendingin hawa yang baharu.

Wong memberitah­u, Lembaga Pelawat hospital itu pada masa kini dianggotai lima ahli terlatih.

Menurut Wong, Hospital Miri memerlukan seramai 20 ahli untuk Lembaga Pelawatnya.

Beliau dalam ucapannya menasihati penduduk agar mengamalka­n pemakanan sihat dan kepada pesakit untuk mengikut nasihat doktor.

Wong juga meminta pengguna jalan raya agar berhatihat­i ketika dalam perjalanan balik kampung pada musim perayaan sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia