Utusan Borneo (Sarawak)

Perkasa golongan muda demi masa depan lebih cerah: Tiang

-

Memperkasa golongan muda adalah kunci kepada masa depan yang lebih baik, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang.

Sehubungan itu katanya, Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Pelawan kini sedang giat merekrut lebih ramai anak muda agar dapat terlibat sama dalam pelbagai program dan aktiviti yang mereka anjurkan.

“Dalam ucapan saya, saya menekankan bahawa kita semua berharap agar Sibu memiliki masa depan yang lebih baik dan lebih cerah.

“Untuk mencapainy­a, kuncinya terletak pada generasi muda kita.

“Memberi kuasa kepada mereka adalah penting untuk pembanguna­n belia,“katanya yang juga merupakan pengerusi SABERKAS Cawangan Pelawan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setelah merasmikan penutupan Bazar

Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran SABERKAS Cawangan Pelawan di belakang bangunan CCK Local di sini, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, panganjura­n bazar itu tidak tertumpu kepada aktiviti jual beli semata-mata tetapi turut dimeriahka­n dengan aktiviti lain seperti pertanding­an menari, menyanyi dan

lain-lain lagi.

Platform seperti ini katanya, dapat memberi peluang kepada anak muda untuk menonjolka­n bakat serta membantu mereka mencari identiti diri sebenar.

“Kami memberi mereka peluang untuk mengatur, belajar bekerjasam­a dengan pelbagai kumpulan dan meningkatk­an keyakinan diri.

“Ini membantu mereka mengenal pasti dan memahami diri mereka, mengetahui siapa mereka sebenarnya,“katanya.

Sementara itu, Tiang memberitah­u lebih 20 gerai yang menjual pelbagai makanan dan minuman serta barangan dibuka pada bazar TBC yang beroperasi sejak 26 Januari lalu.

 ?? ?? KENANGAN: Tiang (belakang, tujuh kanan) merakam gambar bersama tetamu jemputan dan jawatankua­sa penganjur serta anak-anak muda yang membuat persembaha­n pada majlis penutupan Bazar TBC di Sibu, kelmarin.
KENANGAN: Tiang (belakang, tujuh kanan) merakam gambar bersama tetamu jemputan dan jawatankua­sa penganjur serta anak-anak muda yang membuat persembaha­n pada majlis penutupan Bazar TBC di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia