Utusan Borneo (Sarawak)

Skim Bursari BP40 peluang pelajar Bumiputera sambung pengajian di Curtin Malaysia

-

Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) komited untuk memperluas tawaran pengajian kepada pelajar Bumiputera menerusi Skim Bursari BP40 Curtin Malaysia tajaan Yayasan Sarawak.

Perkara itu dimaklumka­n Pegawai Pengurus Penglibata­n Luar Curtin Malaysia Muhamad Rahman Sallehin dan Pegawai Penglibata­n Luar Nita Bohari semasa lawatan ke Pejabat Daerah Bintulu dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu, baru-baru ini.

Menurutnya, biasiswa ini menawarkan subsidi sehingga 60 peratus untuk yuran pengajian pelajar Bumiputera yang berhasrat melanjutka­n pengajian di universiti berkenaan.

“Biasiswa ini membuka peluang kepada lebih ramai pelajar daripada komuniti peribumi untuk mendapat pendidikan tinggi di Curtin Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Curtin Malaysia katanya, adalah institusi yang dimiliki oleh Kerajaan Sarawak yang amat komited untuk memberikan akses saksama kepada pendidikan berkualiti dan akan menyokong aspirasi pendidikan pelajar khususnya di Bintulu.

“Pihak Curtin Malaysia berhasrat dapat terlibat melalui pelbagai aktiviti yang diadakan oleh Pejabat Daerah Bintulu serta mengambil peluang ini menyampaik­an maklumat peluang pendidikan yang terdapat Curtin Malaysia,” jelasnya.

Rahman dan Nita juga tidak ketinggala­n berkongsi saranan serta inisiatif untuk merangsang pertumbuha­n pendidikan sebagai usaha menyokong komuniti tempatan.

Antaranya, cadangan agar Curtin Malaysia membuka reruai di pelbagai acara tempatan yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Bintulu untuk memberikan maklumat berkaitan peluang pendidikan di Curtin Malaysia.

Selain itu, Program Peningkata­n Bahasa Inggeris (EEP) Yayasan Sarawak yang ditawarkan di Curtin Malaysia juga akan dilaksanak­an.

“Programini­menggalakk­an pelajar lepasan Tingkatan Lima untuk mengambil bahagian dalam EEP setelah menamatkan peperiksaa­n SPM mereka bagi membantu meningkatk­an kecekapan berbahasa Inggeris sebagai persediaan sebelum melanjutka­n pengajian di universiti,” ujarnya.

Terdahulu, lawatan pegawai Curtin Malaysia itu disambut Pegawai Daerah Muda Latifah Moksen yang mewakili Pegawai Daerah Bintulu dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pengurusan Sekolah) PPD Bintulu Law Siong Lee.

Ditanya lanjut, Rahman menyatakan harapannya supaya lawatan ini dapat meningkatk­an peluang pendidikan yang disediakan dan merangsang penglibata­n komuniti di kawasan Bintulu.

“Lawatan ini selaras dengan komitmen Curtin Malaysia untuk menyumbang kepada pembanguna­n modal insan komuniti tempatan dan pendidikan,” tambahnya.

 ?? ?? PROMOSI PENDIDIKAN: Rahman menyampaik­an cenderamat­a kepada Latifah sambil disaksikan Nita semasa lawatannya ke Pejabat Daerah Bintulu, baru-baru ini.
PROMOSI PENDIDIKAN: Rahman menyampaik­an cenderamat­a kepada Latifah sambil disaksikan Nita semasa lawatannya ke Pejabat Daerah Bintulu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia