Utusan Borneo (Sarawak)

Sikap manusia punca kemalangan jalan raya

Tiang menyifatka­n kemalangan jalan raya berlaku akibat kelalaian dan kecuaian pengguna jalan raya

- Oleh Watt Zacchaeus

Kira-kira 85 peratus kes kemalangan jalan raya di Sibu adalah disebabkan kelalaian dan kecuaian pengguna jalan raya.

SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang menyifatka­n kemalangan jalan raya berlaku akibat kelalaian dan kecuaian pengguna jalan raya.

Menurutnya, faktor penyebab kemalangan bukan disebabkan keadaan jalan raya tetapi sikap manusia ketika berada di jalan raya.

“Kira-kira 85 peratus kes kemalangan jalan raya di Sibu adalah disebabkan kelalaian dan kecuaian pengguna jalan raya.

“Maksudnya kemalangan itu berpunca daripada diri sendiri dan bukan disebabkan faktor lain seperti keadaan jalan raya.Kita sekarang sudah mempunyai jalan raya yang baik seperti Lebuh Raya Pan Borneo.

“Keselamata­n diri sendiri ketika di atas jalan raya adalah datang daripada diri sendiri,” katanya berucap pada Pogram Kempen Keselamata­n Jalan Raya Peringkat Bahagi

Datuk Michael Tiang Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

an Sibu Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di Stesen Petronas Lanang Barat di sini, semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak Selamat Jati Yanjah, Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak Norizan Jili, Pemangku Residen Bahagian Sibu Christophe­r Ranggau Unting, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dan Ketua Jabatan Jualan Runcit Petronas Dagangan RHAD Sabah/Sarawak Azaidie Selli.

Justeru tegas Tiang, adalah penting untuk memupuk kesedaran ramai tentang keselamata­n jalan raya dalam memberikan pendidikan kepada orang ramai dalam usaha mengurangk­an kadar kes kemalangan.

Beliau turut berkongsi statistik kes kemalangan bagi daerah Sibu dan Kanowit yang dikeluarka­n Polis Diraja Malaysia di mana pada 2023 daerah Sibu mencatatka­n 2,061 kes kemalangan.

“Berbanding tahun 2022, daerah Sibu merekodkan sebanyak 1,822 kes dan ini menunjukka­n peningkata­n sebanyak 239 kes pada tahun lalu. Di daerah Kanowit, pada tahun 2022 ia merekodkan sebanyak 109 kes dan pada tahun 2023 sebanyak 89 kes,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan.

Bagi mengurangk­an kadar

kes kemalangan, Tiang mahu semua masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi bukan sahaja untuk memastikan keselamata­n diri tetapi pengguna jalan raya yang lain.

Dengan adanya program kempen keselamata­n jalan

raya ujarnya, ia harus dipromosik­an secara meluas kepada anggota masyarakat.

“Ini adalah usaha kita mahu menjadikan jalan raya sebagai tempat yang selamat kepada semua orang dengan anggota masyarakat harus menyertain­ya bagi mempunyai

didikan dan kesedaran yang tinggi.

“Pengguna jalan raya juga harus sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamak­an keselamata­n diri dan orang lain, sebab itu kempen sebegini sangat penting,” tambahnya.

 ?? ?? PUPUK KESEDARAN: Tiang (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a dan topi keledar kepada pengguna jalan raya semasa Pogram Kempen Keselamata­n Jalan Raya Peringkat Bahagian Sibu Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di Sibu, semalam.
PUPUK KESEDARAN: Tiang (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a dan topi keledar kepada pengguna jalan raya semasa Pogram Kempen Keselamata­n Jalan Raya Peringkat Bahagian Sibu Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia