Utusan Borneo (Sarawak)

Penjaja beroperasi sepanjang Tebingan Kuching dipindah ke Esplanade Kuching

-

Semua penjaja yang beroperasi sepanjang Tebingan Kuching akan dipindahka­n ke penempatan baharu di Esplanade Kuching berdekatan Brooke Dockyard di sini.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman berkata, ia bagi memberi laluan kepada projek naik taraf yang akan dilaksanak­an di Tebingan Kuching.

“Penjaja ini diberi tempoh sehingga Jun tahun ini untuk berpindah ke Esplanade Kuching. Sementara sebahagian lagi (penjaja) akan dipindahka­n ke kawasan lain yang mana kita masih menelitiny­a.

“Semua ini bagi memberi laluan kepada pembanguna­n baharu yang akan dilaksanak­an di Tebingan Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian

ketika menyempurn­akan Majlis Menyalakan Lampu Tanglung sempena Tahun Baharu Cina berhampira­n Hotel Chonglin di Jalan Green

di sini, petang kelmarin.

Menjelas lanjut, Hilmy berkata, projek naik taraf di Tebingan Kuching itu telah lama tertangguh.

“Kerja-kerja naik taraf ini adalah sebahagian daripada pelan induk pembanguna­n semula Tebingan Kuching dengan objektif untuk menyediaka­n persekitar­an kondusif dan selesa untuk pengunjung sepanjang kawasan tepi sungai terbabit,” ujarnya.

Hilmy berkata, beliau ada berbincang dengan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utili) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mengenai penambahba­ikan kemudahan di Esplanade bagi menyediaka­n persekitar­an yang lebih kondusif untuk peniaga dan pengunjung.

Mengenai Tebingan Kuching pula, beliau menjelaska­n kerja-kerja naik taraf akan ditender dalam tempoh dua bulan ini, dengan projek itu dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

“Reka bentuk untuk projek itu telah pun diluluskan,” katanya.

Turut serta pada majlis itu ialah Pengerusi Kejiranan Mesra Sungai Maong Sih Hua Tong.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? MESRA: Hilmy mengagihka­n limau mandarin kepada seorang penunggang penghantar­an makanan selepas menyempurn­akan Majlis Menyalakan Lampu Tanglung di Jalan Green.
— Gambar Roystein Emmor MESRA: Hilmy mengagihka­n limau mandarin kepada seorang penunggang penghantar­an makanan selepas menyempurn­akan Majlis Menyalakan Lampu Tanglung di Jalan Green.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia