Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Narawi dipilih pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Persatuan Bekas Polis, PVATM Sibu

-

Jawatankua­sa Bertindak Persatuan Bekas Polis Diraja Malaysia dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Sibu kini dipimpin oleh kepemimpin­an baharu.

Ia susulan pemilihan Abang Narawi Abang Haris sebagai pengerusi baharu jawatankua­sa itu yang mengadakan sesi pemilihan di Kuching semalam.

Pemilihan itu melibatkan tokoh-tokoh terkemuka daripada kalangan bekas polis dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pemilihan Abang Narawi mencetuska­n semangat baharu dalam jawatankua­sa persatuan itu mencermink­an kepercayaa­n dan pengiktira­fan terhadap dedikasi serta pengalaman beliau.

Dengan latar belakang dalam bidang kepolisan, Abang Narawi dianggap sebagai pemimpin berkelayak­anmeneraju­ijawatanku­asa persatuan tersebut.

Yang Dipertua PVATM Sarawak Jimbau Galau pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi manakala

Setiausaha AJK disandang Zakaria Haron.

Sementara itu, Bujang Boji Sitam ditugaskan sebagai Pegawai Perhubunga­n untuk memastikan kepimpinan yang holistik.

Pemilihan kepimpinan baharu terpaksa diadakan berikutan pengosonga­n jawatan pengerusi AJK sebelumnya oleh bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melepaskan jawatan selepas dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.

Sesi pemilihan itu dijangka membawa kestabilan dan kesinambun­gan kepada jawatankua­sa persatuan tersebut serta memberi dorongan kepada pelbagai inisiatif dan program dijalankan untuk manfaat bersama.

Ahli-ahli terdiri daripada bekas polis dan veteran ATM juga sudah pastinya berharap agar kepimpinan baharu itu terus menyumbang kepada pembanguna­n serta kesejahter­aan komuniti setempat.

 ?? ?? TERAJU BAHARU: Abang Narawi (duduk tengah) dipilih sebagai peneraju baharu PVATM Sibu bersama AJK lain.
TERAJU BAHARU: Abang Narawi (duduk tengah) dipilih sebagai peneraju baharu PVATM Sibu bersama AJK lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia