Utusan Borneo (Sarawak)

500 penduduk Flat KMC terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

-

KUCHING: Kira-kira 500 penduduk Flat KMC di Jalan Padungan di sini, menerima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina yang diagihkan menerusi program Masyarakat Penyayang Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Sumbangan tajaan CCK Sdn Bhd dan Borneo Eco Fish Sdn Bhd itu disampaika­n oleh Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng di Dewan Serba Guna MBKS di sini, semalam.

Wee ketika ditemui berkata, pemberian sumbangan sebegini sentiasa menjadi matlamat MBKS dalam memastikan tiada sesiapa yang ketinggala­n terutama pada musim perayaan.

“Kita bukan hanya menjaga infrastruk­tur tetapi juga melihat aspek lain terutama untuk masyarakat yang mendiami kawasan di bawah pentadbira­n MBKS.

“Kita akan melakukan apa sahaja yang mampu untuk membantu dan memastikan tidak akan mengabaika­n sesiapa terutama ketika menyambut perayaan,” katanya.

Menurut Wee, sumbangan itu bukan sahaja diberikan untuk masyarakat Cina tetapi juga kaum lain yang tinggal di Flat KMC.

“Kita mahu semua orang dapat meraikan dan merasai bersama-sama perayaan Tahun Baharu Cina ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon agar lebih banyak syarikat akan tampil memberi sumbangan bagi program seperti ini pada masa depan.

“Kita harap syarikat yang ingin melaksanak­an inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dapat menyumbang lebih banyak bagi membantu golongan berpendapa­tan rendah. Kita sangat menghargai apa jua bantuan yang diberikan,” katanya.

Wee dalam pada itu turut memberitah­u, MBKS akan menganjurk­an lagi program untuk penduduk yang memerlukan bantuan terutama dalam menjalani kehidupan seharian.

“Terdapat hampir 100 penduduk yang sangat memerlukan bantuan dan kita akan berikan bantuan tambahan untuk mereka.

“Malah, ada segelintir daripada mereka tidak mampu membayar sewa flat dan oleh itu saya dan kakitangan MBKS yang lain akan membantu penduduk ini supaya mereka boleh terus tinggal di Flat KMC,” kata Wee.

 ?? ?? PRIHATIN: Wee menyerahka­n sumbangan kepada penduduk Flat KMC pada program Masyarakat Penyayang semalam.
PRIHATIN: Wee menyerahka­n sumbangan kepada penduduk Flat KMC pada program Masyarakat Penyayang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia