Utusan Borneo (Sarawak)

Mewajibkan alat pemadam api di rumah baharu masih dalam perbincang­an

-

Kementeria­n Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang dalam perbincang­an mengenai penggunaan alat pemadam api yang diwajibkan di bawah Ordinan Bangunan Sarawak 1994 ke atas rumah baharu di negeri ini.

Timbalan Menterinya Datuk Michael Tiang berkata, perkara ini perlu dilihat dengan teliti sebelum dilaksanak­an.

“Kementeria­n masih dalam perbincang­an mengenai perkara ini kerana kami perlu bekerjasam­a dengan JBPM bagaimana untuk menguatkua­sakan perkara ini.

“Sama ada kita boleh pastikan kerana apabila anda mempunyai undang-undang yang sangat baik, dengan niat yang baik tetapi yang paling penting mesti mempunyai penguatkua­saan yang sangat berkesan.

“Dan juga, penguatkua­saan bukanlah penyelesai­an untuk semua jenis cabaran yang kita hadapi dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Pogram Kempen Keselamata­n Jalan Raya Peringkat Bahagian Sibu Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di Stesen Petronas Lanang Barat di sini, semalam.

Menurut Tiang, pendidikan kesedaran seperti kempen tersebut adalah cara terbaik untuk memupuk kesedaran masyarakat.

“Keselamata­n seperti kebakaran, keselamata­n kebakaran, keselamata­n penggunaan jalan raya, keselamata­n jalan raya, saya fikir ia bermula dari sini (iaitu) program kesedaran pendidikan.

“Jadi kita perlu mengatakan bahawa perbincang­an itu

mungkin tidak termasuk dalam pembentang­an di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang,” jelasnya yang juga ADUN Pelawan.

Beliau berkata pihaknya masih dalam perbincang­an sama ada untuk memasukkan­nya dalam pembentang­an.

“Sama ada selepas

dimasukkan­kedalamund­angundang baharu itu, sama ada kita boleh kuatkuasak­an atau tidak, sama ada jabatan yang berkenaan khususnya JBPM, adakah mereka mempunyai mekanisme yang baik, kuasa utama untuk memastikan undang-undang ini dipatuhi oleh orang awam.

“Jadi kementeria­n sedang

mengkaji perkara ini dengan JBPM.

“Sebabitusa­yakatakant­idak ada gunanya kita mengkaji cara memasukkan­nya ke dalam undang-undang.

“Kita mesti melihat realiti, praktikal, melihat bagaimana kita boleh menguatkua­sakan undangunda­ng,” tambahnya.

 ?? ?? TERUJA: Tiang (tengah) bersama kenamaan lain semasa menghadiri Pogram Kempen Keselamata­n Jalan Raya Peringkat Bahagian Sibu Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di Sibu.
TERUJA: Tiang (tengah) bersama kenamaan lain semasa menghadiri Pogram Kempen Keselamata­n Jalan Raya Peringkat Bahagian Sibu Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia