Utusan Borneo (Sarawak)

PSB pilih bersatu demi kestabilan politik

Pengalaman lalu terutama konflik politik di Semenanjun­g menyedarka­n PSB: Wong

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) memilih untuk menyertai pakatan politik bagi mengekalka­n kestabilan politik yang baik di peringkat negeri mahupun pusat.

Presidenny­a Dato Sri Wong Soon Koh berkata, pengalaman lalu terutama dengan konflik politik berlaku di Semenanjun­g Malaysia yang menyaksika­n beberapa pertukaran Perdana Menteri telah menyedarka­n PSB.

“Kita perlu bersatu untuk mengekalka­n kestabilan politik. Oleh itu, kami memutuskan untuk bersatu di bawah payung pakatan politik.

“Di bawahnya, kita harus mengetepik­an perbezaan peribadi dan politik sambil mengutamak­an rakyat dan negara, membangunk­an Sarawak dan mencari kebajikan untuk rakyat Sarawak.

“Demi perkara tersebut, PSB telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) untuk bekerjasam­a

dengan Parti Demokratik Progresif (PDP) pada 13 Julai 2023 di Kuala Lumpur,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran PSB Bawang Assan di sini, Sabtu lalu.

Dengan MoU itu jelasnya, ia bermaksud bahawa keduadua parti telah ‘bertunang’.

Menurutnya lagi, kini kedua-dua parti sedang giat menjalanka­n pelbagai usaha bersama serta sedang bersiap sedia untuk ‘berkahwin’

dan bakal menjadi sebuah keluarga.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan berkata, PDP difahamkan mempunyai 100,000 ahli manakala PSB mempunyai lebih 85,000 ahli.

“Dengan ini, kami yakin dapat membentuk kuasa yang kuat dan pastinya akan mencapaiba­nyakperkar­ayang hebat di bawah kepimpinan Presiden PDP Datuk Seri

Tiong King Sing,” jelasnya yang juga pengerusi PSB Bawang Assan.

Wong juga menyifatka­n perpaduan, kerjasama serta ‘pertemuan semula’ antara PDP-PSB sungguh bermakna dan diyakini akan membawa impak besar kepada Sarawak dan rakyat khususnya.

Menyentuh mengenai sambutan Tahun Baharu Cina Wong berkata, sambutan tahun ini sungguh bermakna kerana 2024 adalah tahun naga yang cukup sinonim dengan budaya masyarakat Cina.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi PDP Bahagian Dudong Kaunselor Datuk Teo Boon Siew, Pengerusi

Kita perlu bersatu untuk mengekalka­n kestabilan politik. Oleh itu, kami memutuskan untuk bersatu di bawah payung pakatan politik.

Dato Sri Wong Soon Koh Presiden PSB

PSB Dudong Wong Hie Ping dan Ketua Pemuda PDP Bahagian Bawang Assan Kaunselor Joshua Ting.

 ?? ?? MESRA: Wong (tujuh kiri) bersama yang lain ketika meraikan perpaduan antara PDP-PSB pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran PSB Bawang Assan di Sibu, Sabtu lepas.
MESRA: Wong (tujuh kiri) bersama yang lain ketika meraikan perpaduan antara PDP-PSB pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran PSB Bawang Assan di Sibu, Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia