Utusan Borneo (Sarawak)

400,000 pengembara dijangka masuk menerusi CIQ BSI, KSAB sempena TBC

- JOHOR BAHRU:

Lebih 400,000 pengembara dijangka memasuki Malaysia menerusi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri, sempena Tahun Baharu Cina (TBC) pada 10 dan 11 Februari ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor Baharuddin Tahir berkata kesemua agensi berkaitan akan beroperasi secara penuh bagi melicinkan aliran di keduadua laluan masuk itu.

Beliau berkata Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n (ICA) Singapura turut memberikan komitmen sama, sekali gus menjelaska­n JIM Johor mengambil beberapa inisiatif termasuk membuka kesemua kaunter pemeriksaa­n di CIQ BSI dan KSAB.

“BSI sebanyak 284 kaunter pemeriksaa­n dan KSAB 169 kaunter (dibuka). Kita akan beroperasi pada kadar maksimum di semua mod laluan masuk termasuk kereta, bas, lori dan motosikal,” katanya pada sidang media Inisiatif Mengatasi Kesesakan di CIQ BSI dan KSAB Sempena Persediaan Menghadapi Tahun Baharu Cina dan Cuti Sekolah di sini semalam.

Baharuddin berkata laluan kontra bas di BSI akan diaktifkan, yang akan mengurangk­an masa menunggu sebanyak 50 peratus.

Beliau berkata kawalan keselamata­n dan trafik juga akan dijalankan secara bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Bahagian Penguatkua­sa JIM.

“Selain itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut bersedia untuk menempatka­n pegawai kastam dan semua laluan pemeriksaa­n penumpang masuk dan keluar, dibuka sepenuhnya.

“Ia bagi memastikan kelancaran pemeriksaa­n di semua lokasi pemeriksaa­n kastam selama 24 jam, bermula 7 hingga 12 Februari 2024. Laluan pemeriksaa­n kargo akan dibuka sepenuhnya sebagaiman­a keperluan operasi pada tempoh tersebut,” katanya.

Sementara itu, Baharuddin berkata sebanyak 348,693 pengembara dicatatkan memasuki negara ini menerusi CIQ BSI dan KSAB, dalam tempoh dua hari sambutan Tahun Baharu Cina pada 20 dan 21 Januari 2023. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia