Utusan Borneo (Sarawak)

Rancang perjalanan, urus emosi sebaikbaik­nya sebelum balik kampung

- — Bernama

Pengguna jalan raya disarankan membuat perancanga­n dan menguruska­n emosi sebaikbaik­nya sebelum memulakan perjalanan, terutama kepada individu atau keluarga yang akan melalui tempoh yang lama untuk balik ke kampung bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Ketua Unit Analisa Tingkah Laku dan Pendidikan, Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) Maslina Musa berkata pengurusan emosi pemandu kian penting dalam zaman ini apabila orang sering mengejar masa dan cenderung untuk melanggar isyarat dan peraturan jalan raya.

“Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak melulu, contohnya melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju, tapi cara mengawal emosi itu penting.

“Amukan di jalan raya akan terjadi sekiranya emosi tidak diuruskan secara baik, menyebabka­n tingkah laku agresif dan tidak peka dengan keadaan sekeliling, seterusnya membawa risiko kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program “Apa Khabar Malaysia” terbitan Bernama TV pagi semalam.

Beliau berkata selain membuat perancanga­n perjalanan dengan baik, pemandu harus menjangkak­an lebih banyak masa akan dihabiskan di jalan raya berikutan aliran trafik tinggi pada musim perayaan.

Maslina berkata sehubungan dengan itu, peranan penumpang bahagian hadapan juga sama pentingnya untuk memastikan keadaan di dalam kenderaan aman dan tenang supaya emosi dan perhatian pemandu tidak dipengaruh­i.

“(Penumpang bahagian hadapan) jangan jadi batu api, sekiranya berlaku apaapa kemalangan, fokus dan tenangkan diri (serta pemandu), elakkan daripada membuat reaksi yang berkemungk­inan besar memudaratk­an semua pihak.

“Bolehlah juga berbualbua­l dengan pemandu pasal perkara yang positif bagi mengekalka­n perhatian. Untuk yang berkeluarg­a, bantu kawal anak-anak di belakang kereta dan pastikan mereka tidak mengganggu pemanduan,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an kepada semua pemandu untuk tidak memaksa diri dan mengambil masa berehat secukupnya sebelum atau semasa dalam perjalanan di kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi pengguna lebuh raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia