Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tidak alami kekurangan bawang

Bekalan bawang di negara ini masih mencukupi meskipun India menyekat eksport bawangnya

- Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan

TANGKAK: Bekalan bawang di negara ini masih mencukupi meskipun India menyekat eksport bawangnya, kata Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Kita tidak mengalami masalah kekurangan bekalan bawang cuma harganya turun naik. Sekatan bawang ini bersifat sementara macam beras juga hari itu bila kita runding semula, mereka sanggup menjual 170,000 tan metrik kepada Malaysia.

Beliau berkata sekatan eksport bawang itu bersifat sementara dan kerajaan telah mengambil langkah mengimport bawang dari negara seperti China, Thailand dan Pakistan untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi di negara ini.

“Kita tidak mengalami masalah kekurangan bekalan bawang cuma harganya turun naik. Sekatan bawang ini bersifat sementara macam beras juga hari itu bila kita runding semula, mereka sanggup menjual 170,000 tan metrik kepada Malaysia.

“Saya ingat berhenti eksport bawang ini disebabkan keadaan politik dalam negara mereka yang akan berlaku pilihan raya, selepas itu mungkin mereka akan eksport semula,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Penanaman Padi di Negeri Johor di Kampung Sawah Ring, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status terkini bekalan bawang di Malaysia susulan sekatan eksport bawang dari India.

Datuk Seri Mohamad Sabu

Akhir tahun lepas, Direktorat Perdaganga­n Luar Negeri India mengumumka­n negara tersebut melarang eksport bawang sehingga 31 Mac depan bagi meningkatk­an bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna.

Dalam perkembang­an lain, Mohamad berkata program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) akan diperluask­an ke Johor secara berperingk­at.

Menurutnya, program di negeri itu melibatkan 10 sawah padi berkeluasa­n 2,254 hektar adalah sebagai langkah untuk menambah rezab kawasan penanaman padi sekali gus meningkatk­an produktivi­ti pengeluara­n padi negara.

“Ala Sekinchan ini mestilah tanaman mengikuti masa yang betul, baja dan pengairan yang sesuai. Kalau tidak ada pengairan yang cukup maka dia tidak boleh untuk kita buat ala Sekinchan dengan sempurna dan dari segi penjagaan mestilah pesawah padi ini tidak boleh kerja sambilan. Dia kena jadi pesawah sebagai sepenuh masa macam profesiona­l,” katanya.

Beliau juga yakin program SMART SBB dapat meningkatk­an hasil pengeluara­n padi daripada tujuh tan metrik per hektar kepada 10 tan metrik per hektar.

Di Johor, terdapat 859 pesawah yang mengusahak­an 10 sawah padi di Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang dan Mersing. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Mohamad dibawa melawat ke ruruai pameran Peladang pada Lawatan ke Projek Penanaman Padi di Kampung Sawah Ring di Tangkak, Johor semalam. Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor Datuk Zahari Sarip (kanan).
— Gambar Bernama TINJAU: Mohamad dibawa melawat ke ruruai pameran Peladang pada Lawatan ke Projek Penanaman Padi di Kampung Sawah Ring di Tangkak, Johor semalam. Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor Datuk Zahari Sarip (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia