Utusan Borneo (Sarawak)

Elemen peribahasa angkat kasut Sniika daripada kegagalan

- — Bernama

KASUT Sniika hanyalah sebuah jenama tempatan, namun peluang berkolabor­atif bersama kumpulan muzik tempatan seperti Cromok dan OAG, komik Under 18 serta kartunis terkenal seperti Ujang dan Imuda sudah dapat memberi gambaran terhadap kualiti produk itu sehingga diberi kepercayaa­n oleh nama besar berkenaan.

Bagaimanap­un, perjalanan Sniikayang­membawamak­sud ‘seni kasut’ jenama milik anak Kelantan bukan mudah, pemiliknya Muhammad Bakri Yusrizal, 30, pernah jatuh apabila perusahaan yang bermula pada 2017 dengan modal RM40,000 itu mengalami kerugian.

“Modal RM40,000 tapi jualan hanya sekitar RM3,000, malah dalam tempoh seminggu nak jual sepasang pun susah.

“Selepas itu, saya ambil keputusan untuk berhenti dahulu sebelum kembali semula pada 2019 dengan pembaharua­n termasuk reka bentuk kasut lebih menarik yang menerapkan unsurunsur seni budaya Melayu,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Muhammad Bakri berkata Sniika kini mempunyai lebih 10 reka bentuk yang mengangkat tema seni budaya Melayu.

“Idea saya ialah ingin campur aduk identiti Melayu dengan kasut, jadi elemen peribahasa dimasukkan pada setiap reka bentuk kasut.

“Sebagai contoh, peribahasa ‘lalu penjahit, lalu kelindan’ yang membawa maksud apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga, disulam pada bahagian atas lidah kasut,” katanya sambil menambah kasut yang dihasilkan menggunaka­n bahan seperti kulit, sued dan kanvas.

Menurut Muhammad Bakri, antara reka bentuk kasut Sniika yang pernah dihasilkan ialah edisi Wayang Kulit, Gasing, Kelasik dan Taji.

SelepasSni­ikamuladit­erima ramai, Muhammad Bakri berkata dia memberanik­an diri untuk menghasilk­an

kasut secara kolaborasi bersama selebriti tempatan.

“Antara kolaborati­f terawal Sniika ialah bersama kartunis Ujang, kita keluarkan sebanyak 450 pasang yang dijual dengan harga RM229 dan kasut itu habis dijual dalam tempoh 30 minit,” katanya.

Pemuda berasal dari Kota Bharu itu berkata, kejayaan kolaborati­f bersama Ujang menyaksika­n jenama Sniika semakin diberi kepercayaa­n untuk menjalin kerjasama dengan pihak-pihak yang didekati mereka.

“Susulan portfolio kolaborati­f Sniika semakin baik, ada pihak yang tawarkan diri pula untuk bekerjasam­a dengan kami,” katanya dan menambah pihaknya telah mengeluark­an sembilan reka bentuk kasut secara kolaborati­f.

Mengakui tidak menyangka Sniika mampu berjaya,

Muhammad Bakri berkata jenama tempatan sebenarnya mempunyai banyak potensi sekiranya proses pembuatan dan pemasaran dirancang dengan teliti.

“Awal dulu saya hanya bekerjaber­duadengans­eorang pekerja, sekarang sudah ada enam orang dalam pasukan Sniika, daripada jual sepasang kasut seminggu sekarang alhamdulil­lah boleh jual kirakira 1,000 pasang sebulan, malah pernah cecah 2,000,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? UNIK: Sebahagian kasut rekaan Sniika milik Muhammad Bakri yang terdapat di ruang pameran ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
— Gambar Bernama UNIK: Sebahagian kasut rekaan Sniika milik Muhammad Bakri yang terdapat di ruang pameran ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia