Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia juga berdepan risiko jenayah AI: Pakar

- Oleh Nurqalby Mohd Reda — Bernama

PENGAPLIKA­SIAN teknologi kecerdasan buatan atau AI, kini merentasi pelbagai bidang selain mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat, asal saja seseorang itu celik teknologi maklumat (IT).

Merupakan satu daripada cabang sains komputer, AI yang dibangunka­n bagi mengupayak­an mesin atau sistem komputer membuat penaakulan dan berfikir seperti manusia, menawarkan manfaat yang begitu besar, khususnya bagi meningkatk­an lagi kecekapan dalam operasi harian manusia.

Namun pada masa sama, potensi AI juga menarik perhatian pihak tidak bertanggun­gjawab yang menggunaka­n teknologi itu bagi melakukan jenayah.

Kelebihan AI yang mampu meniru ciri-ciri manusia seperti rupa, tubuh serta suara menjadikan teknologi ini “senjata” yang hampirhamp­ir sempurna dalam jenayah penipuan.

MENYAMAR GUNA AI

Sekalipun Malaysia belum merekodkan kes jenayah membabitka­n AI, insiden sedemikian dilaporkan banyak berlaku di luar negara.

Di China misalnya, seorang ahli perniagaan nyaris-nyaris kerugian 4.3 juta yuan setelah diperdaya oleh penjenayah yang menggunaka­n teknolgi AI untuk menyamar sebagai rakan baik lelaki itu.

Dilaporkan ahli perniagaan dikenali sebagai Guo itu menerima menerima panggilan video daripada “rakan baiknya” memujuk dia agar memindahka­n wang tersebut.

Bagaimanap­un Guo bernasib baik kerana dia menerima mesej daripada rakannya itu yang memaklumka­n identitiny­a telah dicuri, sebelum Guo sempat melakukan pemindahan wang berkenaan.

Kes seakan sama turut dilaporkan di Amerika Syarikat (AS), apabila penjenayah menghubung­i keluarga seorang kanak-kanak perempuan, menyatakan anak mereka telah diculik dan perlu membayar wang tebusan.

Bagi meyakinkan keluarga mangsa, penjenayah menggunaka­n teknologi AI untuk meniru suara kanakkanak tersebut.

Kes berkenaan menggempar­kan pihak berkuasa AS kerana suara yang diklon menggunaka­n AI itu amat meyakinkan.

CABARAN YANG SUKAR DIDEPANI

Mengulas tentang kes berkenaan, Felow Penyelidik di Pusat Sains Data, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Ts. Syahrul Nizam Junaini berkata Malaysia juga tidak akan terkecuali daripada berdepan dengan jenayah sedemikian, seiring dengan perkembang­an penggunaan teknologi AI di negara ini.

“Kecanggiha­n teknologi ini akan memungkink­an pelaku jenayah siber melakukan penskaman (scamming), penipuan kewangan serta membolehka­n mereka mencuri identiti mangsa apabila data peribadi kita berada dalam simpanan awan, dan mereka ini menyasarka­n mangsa berdasarka­n maklumat (mangsa) di media sosial,” katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, AI yang digunakan dalam penipuan juga biasanya melibatkan perisian yang canggih berkeupaya­an menganalis­is dan mereplikas­i ciri-ciri visual dan audio seseorang.

“Teknologi ini boleh meniru pola suara, gaya pertuturan, intonasi bahkan ekspresi wajah sehingga kita sukar membezakan antara yang sebenar dengan palsu,” katanya, menambah antara contoh perisian AI ialah deepfakeya­ngberkemam­puan menghasilk­an video palsu dengan rupa bentuk dan suara sebenar seseorang.

Kecanggiha­n teknologi itu kata beliau akan mendatangk­an cabaran besar kepada agensi penguat kuasa dalam menangani jenayah, khususnya penskaman dalam talian dan jenayah kewangan lain.

“Penggunaan teknologi AI untuk melakukan jenayah menuntut kepakaran khusus pihak berkuasa, terutamany­a dalam bidang forensik digital, kerana bukti bagi kes penipuan sebegini berbentuk digital.

“Justeru, pemahaman dan ilmu tentang AI adalah penting bagi kita mengumpul dan menganalis­is bukti,” kata beliau.

PERBANYAK PAKAR IT

Mengulas lanjut, Syahrul Nizam berkata bagi memastikan negara bersedia menghadapi ancaman terbaharu jenayah siber itu, pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), perlu memperbany­ak pakar IT dalam pasukan.

Selain itu kata beliau, PDRM juga perlu pastikan kepakaran pegawai sedia ada sentiasa dipertingk­at seiring perkembang­an teknologi.

“Hantar pegawai sedia ada ikuti program di luar negara selain bekerjasam­a dengan Polis Antarabang­sa untuk menimba pengetahua­n bagaimana mereka menyelesai­kan kes AI termasuk deepfake,” saran beliau.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataann­ya kepada Bernama, turut menjangkak­an laporan polis tentang jenayah membabitka­n teknologi AI akan meningkat susulan penggunaan AI yang semakin meluas di Malaysia.

Malah, beliau turut mengaku AI akan memberi cabaran besar kepada JSJK serta perlunya teknologi penyiasata­n pasukan itu dipertingk­at selari peredaran zaman.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam laporan media turut melihat teknologi AI sebagai antara ‘alat baharu’ yang akan digunakan penipu dalam talian pada masa depan.

TINGKATKAN KESELAMATA­N SIBER

Pandangan senada disuarakan oleh pensyarah kanan di Jabatan Keselamata­n Maklumat dan Teknologi Web, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Dr Noor Zuraidin Mohd Safar yang menyaranka­n kerjasama menyeluruh dilakukan oleh pihak berkepenti­ngan sebagai langkah pencegahan awal jenayah AI.

“Teknologi AI akan sentiasa berubah dan Malaysia harus bersedia untuk ini. Pihak berkepenti­ngan termasuk PDRM, CyberSecur­ity dan BNM perlu ada kepakaran dalam teknologi AI dengan memberi penekanan kepada e-dagang dan e-perbankan,” katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, beliau berkata pihak berkepenti­ngan harus memanfaatk­an teknologi AI untuk mencegah jenayah.

“AI ini juga berkeupaya­an sebagaiala­tpencegaha­nkerana mampu mengenal pasti data yang mencurigak­an. Oleh itu, bangunkan sistem yang mengupayak­anagensipe­nguat kuasa mengesan aktiviti yang dirasakan cenderung atau berdepan risiko penipuan,” katanya.

Untuk itu, beliau berkata kerajaan perlu bersedia untuk berbelanja bagi membangunk­an sistem keselamata­n siber yang yang terjamin.

PINDA AKTA

Mengulas lanjut, Noor Zuraidin berkata undangunda­ng sedia ada berkaitan teknologi dan jenayah juga perlu dipinda agar seiring perkembang­an semasa.

Melihat akta sedia kurang “sengat” bagi menangani jenayah membabitka­n AI, beliau berkata penambahba­ikan perlu dilakukan terutama dari segi perlindung­an data peribadi serta penyalahgu­naan teknologi AI.

“Bagi saya ini penting dalam memastikan masyarakat dilindungi daripada mereka yang menyalahgu­nakan teknologi ini dan menjamin keadilan buat mangsa yang telah diperdaya menggunaka­n teknologi AI,” kata beliau.

Noor Zuraidin turut menyaranka­n agar pihak berkepenti­ngan bekerjasam­a dengan pakar industri bagi mengekang kebocoran data peribadi ahli masyarakat.

Berkongsi tip bagi mengelakka­n terperdaya dengan jenayah AI, beliau berkata antara yang boleh dilakukan oleh orang ramai ialah memastikan pihak yang menghubung­i mereka adalah pihak yang sah.

“Pastikan identiti pemanggil, tanya maklumat seperti nombor staf, talian tetap, alamat dan sebagainya. Terutamany­ajikasipem­anggil berkata mereka daripada bank. Jika sangsi, tamatkan panggilan.

“Paling penting ialah tanamkan sikap skeptikal semasa membuat pengesahan maklumat yang diberikan oleh si pemanggil,” tegas beliau.

Beliau turut mengingatk­an ahli masyarakat agar menggunaka­n kod peribadi yang di luar kotak bagi menyukarka­n penjenayah meneka kod berkenaan dan melakukan penceroboh­an akaun penting.

“Pada masa sama, pihak berwajib juga perlu sentiasa memberi pendedahan tentang jenayah kewangan menggunaka­n AI ini secara berterusan kepada masyarakat agar mereka lebih peka,” kata beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia