Utusan Borneo (Sarawak)

Sim akan bincang dengan Fahmi kaedah perlindung­an kepada pengamal media, penggiat seni sambilan

-

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong akan bertemu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam waktu terdekat bagi membincang­kan kaedah perlindung­an kepada pekerja dan wartawan sambilan atau ‘stringer’ yang melibatkan pengamal media serta penggiat industri seni.

Katanya ketika ini terdapat kira-kira 30,000 petugas berkenaan dalam negara, dan beliau berhasrat meluaskan liputan perlindung­an di bawah Pertubuhan Keselamata­n Sosial kepada mereka, antaranya menerusi Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang memberikan perlindung­an kepada individu yang bekerja sendiri.

“Sebab kita tahu terutamany­a untuk pekerja industri media dan kreatif ini, waktu kerja mereka tidak tentu… dan mungkin ada insiden yang mendedahka­n pekerja ini kepada bahaya di tempat kerja. Jadi kita faham ada keperluan mendesak untuk memberikan perlindung­an kepada kumpulan ini.

“Saya telah menghubung­i saudara Fahmi Fadzil selaku Menteri Komunikasi dan beliau juga mempunyai pendirian sama. Kita akan bertemu dalam waktu terdekat untuk membincang­kan kaedah-kaedah untuk memperluas­kan liputan perlindung­an Perkeso terutamany­a kepada pekerja dalam sektor media dan industri kreatif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat dan menyampaik­an sumbangan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kementeria­nnya bersama PERKESO kepada petugas bilik berita

Radio Televisyen Malaysia (RTM) Marlia Mohamed, 43, di sini, semalam.

Sementara itu, Marlia menzahirka­n ucapan terima kasih atas keprihatin­an kementeria­n menyampaik­an sumbangan CSR kepadanya, yang sedikit sebanyak meringanka­n beban beliau, susulan hilang upaya kekal berikutan penyakit diabetes yang dihadapiny­a sejak 2009.

Katanya beliau mula menghidap penyakit itu selepas melahirkan anak tunggal lelakinya dengan kaki kiri terpaksa dipotong sehingga ke bahagian paha berikutan jangkitan kuman pada November lepas.

“Saya berterima kasih sangat kepada kementeria­n serta PERKESO atas sumbangan peralatan seperti ‘katil elektrik’ serta kerusi roda,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia