Utusan Borneo (Sarawak)

PM Anwar nafi dakwaan Kerajaan Perpaduan longgar dalam permasalah­an rasuah

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menafikan dakwaan Kerajaan Perpaduan tidak tegas terhadap permasalah­an rasuah susulan keputusan Lembaga Pengampuna­n yang mengurangk­an hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Isu yang dibangkitk­an konon kita longgar terhadap permasalah rasuah, itu tidak benar,” katanya.

Beliau berkata proses badan kehakiman itu diteruskan dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memberi kata dua kepada beliau berhubung keputusan terhadap Najib itu.

“Ada hak dia (Najib) atau parti, supaya Perdana Menteri dan Lembaga Pengampuna­n beri pertimbang­an,” katanya pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini semalam.

Anwar berkata banyak perkara yang perlu diutamakan Kerajaan Perpaduan antaranya berhubung soal ekonomi dan penyelaras­an gaji penjawat awam.

Perdana Menteri berkata soal tatakelola dan penegasan terhadap membantera­s rasuah itu dilaksanak­an secara menyeluruh dan pentadbira­n semalam, tidak ada langsung pendirian untuk berundur.

“Paling kuat saya diserang apabila mengarahka­n semua agensi tegas supaya dapat selamatkan negara dari kecurangan pemimpinpe­mimpin, menggeleda­h dan memunggah kekayaan luar biasa,” katanya.

Beliau berkata penjawat awam perlu memberi kerjasama sepenuhnya dalam memerangi rasuah untuk menyelamat­kan negara daripada pelbagai salah guna kuasa dan pemunggaha­n kekayaan supaya dapat meningkatk­an semula keyakinan rakyat serta hasil negara.

“Kalau dapat selamatkan RM10 bilion hingga RM20 bilion, bukan untuk perbaiki rumah Perdana Menteri atau elaunnya. Apa yang kita dapat daripada pulangan itu, kita kembalikan kepada rakyat, noktahkan kemiskinan, beri pendidikan bermutu, selamatkan anak-anak daripada semua kaum, agama, wilayah. Jadi tidak lagi kita bergaduh soal peruntukan kecil,” katanya.

Beliau mengakui kehilangan hasil dari ketirisan minyak mentah dan diesel masih belum terkawal sepenuhnya malah terdapat kelompok kecil di peringkat tertentu termasuk di sempadan, pelabuhan dan bahagian percukaian masih meneruskan aktiviti rasuah.

Anwar berkata tekad kerajaan dapat dilihat dengan tindakan tegas diambil oleh badanpengu­atkuasaant­aranya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam perkara memerangi rasuah dan penyelewen­gan.

Beliau berkata sebagai contoh, tindakan SPRM yang membuka kertas siasatan terhadap isu melibatkan Spanco Sdn Bhd, sebuah syarikat tunggal yang memegang konsesi untuk membekal dan menyelengg­ara kenderaan kerajaan.

“Tindakan, sikap saya keras terhadap Spanco itu sejak saya jadi Menteri Kewangan dahulu.

“Jadi siasat, saya tidak tahu di mana salahnya tetapi saya tahu peraturan itu tidak betul, saya tahu ia merugikan negara, saya tahu ia tidak menyenangk­an penjawat awam tetapi kita lesu, tidak berupaya berbuat apa-apa kerana tidak ada ketegasan dan tekad politik untuk bertindak,” katanya.

Untuk rekod sejak 1993, Spanco Sdn Bhd memegang konsesi untuk membekal dan menyelengg­ara kenderaan kerajaan, namun apabila kontrak tamat pada 2019, tender terbuka dilancarka­n untuk penganuger­ahan kontrak seterusnya.

Berjaya Group dan Naza Sdn Bhd membentuk konsesi dan memperoleh kontrak itu melalui surat hasrat (LOI) pada tahun itu, bagaimanap­un, LOI ditamatkan pada 2020 dan tender dianugerah­kan kepada Spanco.

Pada Julai tahun lepas, pengasas Berjaya Tan Sri Vincent Tan menfailkan saman terhadap Kementeria­n Kewangan dan Spanco berhubung LOI yang ditamatkan dan mendakwa kontrak itu dianugerah­kan kepada Spanco walaupun harga yang ditawarkan syarikat berkenaan lebih tinggi.

Tindakan itu mendorong SPRM membuka siasatan terhadap isu terbabit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia