Utusan Borneo (Sarawak)

Hentikan kritikan, kecaman: PM Anwar

Penguranga­n hukuman Najib berlandask­an undang-undang dan belas ihsan Agong

- Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya semua kritikan dan kecaman berhubung keputusan Lembaga Pengampuna­n mengurangk­an hukuman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dihentikan.

Anwar turut menggesa agar keputusan itu dihormati kerana ia bukan sahaja dibuat berlandask­an undang-undang, malah atas belas ihsan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

“Pertimbang­an utamanya adalah soal ihsan, belas kasihan atau apa yang disebut oleh bekas Yang di- Pertuan Agong itu sebagai mercu keihsanan atau ‘fountain of mercy’.

“Sama ada Yang di-Pertuan Agong memilih untuk memberikan penjelasan atau tidak, itu wawenang (hak) Tuanku,” katanya pada Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dewan De’Seri Endon, Puspanitap­uri semalam.

Anwar menjelaska­n demikian berhubung keputusan Lembaga Pengampuna­n yang memberikan penguranga­n 50 peratus bagi tempoh hukuman penjara dan denda yang perlu dibayar oleh Najib.

Beliau berkata di bawah Peraturan 113 PeraturanP­eraturan

Penjara 2000, Lembaga Pengampuna­n berperanan untuk mempertimb­angkan permohonan banduan selaras dengan peruntukan undang-undang itu.

“Ada yang mendakwa bahawa setiap tahanan perlu berada di dalam tahanan minimun tiga tahun. Ini tidak betul. Sesiapa sahaja yang buat pertama kali mengikuti prosesnya boleh kemukakan rayuan dan ia akan didengar.

“Jadi saya memang akui tanggungja­wab itu, tetapi kalau dikatakan Perdana Menteri mengambil sikap untuk mengemukak­an cadangan dan rayuan daripada Datuk Seri Najib begitu awal, saya menegaskan bahawa sebaik saya dapat mana-mana rayuan, saya mohon supaya Lembaga Pengampuna­n bicarakan.

“Proses itu mengikut kaedahnya yang saya teliti di dalam satu mesyuarat yang saya hadiri pada 9 Dis lalu, iaitu mendengar mengenai asas rayuan termasukla­h apa peranan dia (tahanan) perjalanan hidup dia sebelum ini, keluarga dia, kehidupan dia di penjara, jasa dan khidmat dia, baik kepada keluarga ataupun kepada masyarakat dan di dalam kes Datuk Najib kepada negara... itu semua diberi pertimbang­an,” kata

Anwar.

Tambah Anwar lagi, setelah masing-masing (Ahli Lembaga Pengampuna­n) memberikan pandangan akhirnya Yang di-Pertuan Agong akan membuat keputusan.

“Jadi isu nak salahkan Perdana Menteri, (Yang di-Pertuan) Agong, Peguam Negara ataupun Perlembaga­an Persekutua­n tidak berbangkit. Ini bidang kuasa yang kita berikan sejak merdeka, bahawa yang Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Rajaraja Melayu putuskan”.

Anwar berharap agar dengan penjelasan tersebut isu ini akan reda dan meminta

agar orang ramai menerima peruntukan yang terdapat dalam Perlembaga­an.

“Kita tidak boleh menuntut penjelasan daripada Lembaga Pengampuna­n yang dipengerus­ikan dan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kalau ada yang hendak (menuntut penjelasan) sila buat memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong yang sebelum ini,” tegasnya.

Najib, 70, menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan dengan kesalahan menyelewen­g RM42 juta dana SRC Internatio­nal, telah memfailkan petisyen

untuk pengampuna­n diraja pada 2 Sept 2022.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah serta satu pertuduhan salah guna kedudukan.

Rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman itu telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 2021 dan Mahkamah Persekutua­n pada 23 Ogos 2022 yang menyaksika­n pengampuna­n diraja adalah satu-satunya harapan beliau untuk membebaska­n diri. — Bernama

“Kita tidak boleh menuntut penjelasan daripada Lembaga Pengampuna­n yang dipengerus­ikan dan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kalau ada yang hendak (menuntut penjelasan) sila buat memorandum kepada Yang di-Pertuan ” Agong yang sebelum ini.

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Anwar menyampaik­an ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Februari 2024 di Dewan Sri Endon Puspanitap­uri, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Anwar menyampaik­an ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Februari 2024 di Dewan Sri Endon Puspanitap­uri, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia