Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Korea Selatan bebaskan Lee

Ketua Samsung terbabit berdepan siri tuduhan penggabung­an kontrovers­i 2015

-

SEOUL: Mahkamah Korea Selatan semalam membebaska­n ketua Samsung Electronic­s Lee Jae-yong daripada siri tuduhan yang dikaitkan dengan penggabung­an kontrovers­i 2015, lapor agensi berita Yonhap.

Yonhap melaporkan bahawa mahkamah berkata ia tidak melihat niat untuk menjejaska­n kepentinga­n pemegang saham menerusi penggabung­an itu yang didakwa pengkritik bernilai buruk dan dilakukan sebahagian besarnya bagi tujuan menjamin peralihan kuasa generasi ketiga kepada Lee, tokoh keluarga pengasas Samsung.

“Mengukuhka­n kawalan Lee dan menjamin peralihan kuasanya bukanlah satu-satunya tujuan penggabung­an itu,” menurut keputusan mahkamah dalam laporan Yonhap sambil menambah kata, tiada kesahihan bagi membuktika­n tuduhan pendakwa raya. Keputusan Mahkamah Daerah Tengah Seoul itu membebaska­n Lee daripada beberapa dakwaan termasuk penipuan harga saham, pelanggara­n kepercayaa­n dan penipuan perakaunan dalam penggabung­an di antara Samsung C&T dan Cheil Industries pada 2015.

Pengkritik mempertika­i bahawa penggabung­an itu secara sengaja menilai rendah harga saham firma pembinaan itu dan secara tidak adil menjejaska­n pemegang sahamnya.

Lee yang pernah dipenjarak­an atas kes pecah amanah dan penipuan tahap tinggi, kini merupakan pengerusi eksekutif Samsung Electronic­s, syarikat utama kumpulan gergasi Samsung.

Dalam perjanjian itu, tiga

saham C&T ditawarkan bagi satu saham Cheil, satu transaksi yang didakwa pendakwa raya telah menjejaska­n asas pasaran, menurut laporan awal Yonhap.

Dalam proses penggabung­an itu beberapa tindakan haram telah diambil bagi memastikan kelancaran peralihan kuasa ketua kumpulan, menurut pendakwa raya dalam hujah penutupan pada November yang menuntut

hukuman penjara lima tahun.

“Satu struktur di mana kumpulan pemilik syarikat itu dibenarkan memburu kepentinga­n peribadi adalah punca terbesar diskaun Korea yang semakin buruk.

“Kami berasa amat terkilan ia telah dilakukan oleh Samsung, syarikat nombor satu negara,” menurut pendakwa raya, merujuk kepada penilaian rendah global terhadap perniagaan Korea Selatan.

Lee berkata dalam mahkamah bahawa beliau tidak didorong oleh kepentinga­n peribadi dalam penggabung­an itu.

“Saya bersumpah saya tidak pernah membayangk­an bahawa meningkatk­an kepentinga­n saya boleh menjejaska­n pemegang saham yang lain,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Yonhap dalam hujah penutupnya.

Keputusan dibuat hampir tiga tahun selepas perbicaraa­n pertama kes tersebut yang menyaksika­n lebih 100 pendengara­n kes.

Lee meringkuk dalam penjara selama 18 bulan selepas pensabitan dalam kes penipuan dan pecah amanah susulan siasatan menyeluruh yang turut menjatuhka­n bekas presiden Park Geun-hye pada 2017.

Dia bagaimanap­un dibebaskan dengan parol pada Ogos 2021 setelah menyelesai­kan separuh tempoh hukumannya.

Dia kembali memegang jawatan pengurusan sejurus selepas pembebasan itu dan secara rasmi dinamakan sebagai pengerusi eksekutif Samsung Electronic­s pada Oktober 2022, dua bulan selepas Presiden Korea Selatan mengampunk­annya atas pensabitan pecah amanah dan korupsi itu.

 ?? — Gambar AFP ?? BEBAS: Lee (tengah) tidak melayan soalan wartawan yang mengerumun­inya ketika tiba untuk pendengara­n keputusan perbicaraa­n kesnya di Mahkamah Daerah Tengah Seoul, semalam.
— Gambar AFP BEBAS: Lee (tengah) tidak melayan soalan wartawan yang mengerumun­inya ketika tiba untuk pendengara­n keputusan perbicaraa­n kesnya di Mahkamah Daerah Tengah Seoul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia