Utusan Borneo (Sarawak)

Korban letupan gas di Nairobi meningkat

-

Angka kematian susulan bencana letupan gas di Nairobi pada minggu lepas telah meningkat kepada enam orang selepas tiga lagi mangsa yang melecur teruk meninggal dunia, jurucakap kerajaan berkata kelmarin.

Daripada 280 mangsa yang tercedera dalam letupan pada malam Khamis lalu, 53 mangsa masih menerima rawatan di dua hospital di bandar Kenya.

Sebuah trak yang membawa tong gas meletup sejurus sebelum tengah malam Khamis di

Embakasi, daerah Nairobi yang padat penduduk, meninggalk­an kemusnahan teruk.

“Kami dengan rasa kesal melaporkan tiga lagi individu telah meninggal dunia akibat kecederaan mereka, meningkatk­an angka kematian akibat insiden kebakaran Embakasi kepada enam orang,” jurucakap Isaac Maigua Mwaura berkata dalam satu kenyataan.

Setakat ini, satu-satunya suspek yang telah ditangkap ialah seorang pengawal keselamata­n di tempat itu.

“Pencarian masih dilakukan bagi pemilik perniagaan tersebut,” satu sumber polis memberitah­u AFP

Namun peguam suspek menyatakan dia tidak bersembuny­i dan tidak bertanggun­gjawab.

“Anak guam saya tidak menjalanka­n sebuah kilang pengisian gas.

”Dia menjalanka­n sebuah garaj dan kenderaan yang menyebabka­n kemalangan telah menceroboh premis berkenaan,” menurut peguam ketika sidang media pada Sabtu lalu.

Embakasi merupakan kawasan kediaman dan perindustr­ian dengan populasi kira-kira sejuta orang menurut banci 2019 dan terletak 10 kilometer dari lapangan terbang antarabang­sa utama Kenya.

Institut Petroleum Afrika Timur menyatakan pada Jumaat bahawa letupan berlaku di depoh simpanan dan isian semula gas asli cecair (LPG) haram yang mana pemiliknya dan beberapa pelanggan telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman pada Mei 2023.

Namun Lembaga Alam Sekitar Nasional (NEMA) di Kenya pada Sabtu menyetakan Maxxis Nairobi Energy telah mendapat kelulusan pada 2 Februari 2023 untuk menjalanka­n kawasan itu.

Empat pekerja NEMA telah dipecat berhubung kontrovers­i tersebut.

Presiden William Ruto, tanpa menyebut NEMA, menyatakan bahawa pegawai kerajaan telah mengeluark­an lesen bagi bangunan gas di kawasan kediaman sedangkan jelas sekali ia adalah satu kesalahan, namun disebabkan kepincanga­n dan korupsi mereka tetap berbuat demikian.

Ruto menyatakan mereka seharusnya dipecat dan didakwa atas jenayah tersebut.

Satu kenyataan bersama oleh menteri dalam negeri dan tenaga menyatakan bahawa berdasarka­n kepada penemuan awal, pengisian semula tong LPG yang dilakukan secara langsung dengan lori tangki menimbulka­n risiko kebocoran dan letupan.

“Dua kali pada Mac 2020 dan Januari 2021, kilang haram di lokasi yang dikatakan itu telah dimusnahka­n dan pihak pengurusan­nnya didakwa di mahkamah,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia