Utusan Borneo (Sarawak)

Balai polis Pakistan diserang, 10 maut

-

Puluhan militan menyerang sebuah balai polis di utara Pakistan awal semalam dan membunuh sekurang-kurangnya 10 pegawai, menurut seorang komander kanan.

Serangan berlaku beberapa hari sebelum pilihan raya umum yang telah menyaksika­n puluhan serangan ke atas calon dan penyokong parti.

“Lebih 30 teroris melancarka­n serangan dari tiga arah dan pertempura­n bersenjata berlangsun­g selama lebih dua setengah jam,” kata ketua polis wilayah Khyber Pakhtunkhw­a Akhtar Hayat Gandapur.

Beliau berkata, sepuluh pegawai maut dan empat cedera dalam serangan ke atas balai polis Chaudhwan di daerah Dera Ismail Khan.

Wilayah sempadan Khyber Pakhtunkhw­a sudah bertahun-tahun menyaksika­n Taliban, Daesh dan kumpulan lain menyerang sasaran kerajaan dan keselamata­n serta orang awam.

Menurut Gandapur, para penyerang merampas seketika kawalan ke atas balai polis tersebut semasa melancarka­n serangan dinihari semalam.

Sekurang-kurangnya 24 militan maut minggu lepas apabila pemisah etnik Baloch melancarka­n serangan ke atas kompleks kemudahan kerajaan di bahagian terpencil barat daya Pakistan, menurut tentera.

Empat kakitangan keselamata­n dan dua orang awam mati dalam serangan tersebut dan operasi pencarian seterusnya.

Tentera Pembebasan Balochista­n (BLA), kumpulan pemisah Baloch yang diharamkan, kemudianny­a mengaku bertanggun­gjawab atas serangan itu dalam satu kenyataan di media sosial.

Suruhanjay­a pilihan raya Pakistan minggu lepas menegaskan pilihan raya akan

diteruskan pada Khamis ini selepas ia mengadakan mesyuarat tergempar bersama pegawai keselamata­n susulan siri keganasan di wilayah Khyber Pakhtunkhw­a dan Balochista­n.

Ribuan kakitangan keselamata­n akan dikerahkan ke seluruh negara bagi menjamin keselamata­n para pengundi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SASARAN KEGANASAN: Anggota polis mengalihka­n mayat rakan sekerja yang terkorban dalam serangan tersebut di sebuah hospital di Dera Ismail Khan, semalam.
— Gambar AFP SASARAN KEGANASAN: Anggota polis mengalihka­n mayat rakan sekerja yang terkorban dalam serangan tersebut di sebuah hospital di Dera Ismail Khan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia