Utusan Borneo (Sarawak)

PM Ireland khuatiri sentimen antipendat­ang

-

Perdana menteri Ireland Leo Varadkar menyuaraka­n kebimbanga­nnya kelmarin susulan kebakaran di sebuah bangunan yang sepatutnya menempatka­n pelarian, yang kini telah menjadi tapak protes antipendat­ang.

Kira-kira 40 anggota bomba telah dipanggil pada jam 7 pagi waktu tempatan bagi menangani kebakaran itu.

“Saya amat bimbang ketika mengetahui tentang kebakaran di bekas rumah penjagaan di Crooksling,” kata Varadkar dalam satu kenyataan, merujuk kepada daerah di selatan Dublin itu.

“Sejak beberapa minggu lepas terdapat beberapa laporan yang mengganggu mengenai kemungkina­n kerosakan jenayah harta benda di seluruh negara.

“Tiada sebarang justifikas­i bagi keganasan, pembakaran dengan sengaja atau vandalisme di republik kami.

“Ironi sekali apabila segelintir orang yang cuba untuk mengaitkan migrasi dengan jenayah, terlibat dalam aktiviti jenayah serius itu sendiri,” kata beliau.

Syarikat penyiaran awam Ireland RTE menyatakan bangunan tersebut disasarkan dalam protes terbaharu berikutan khabar angin bahawa ia akan digunakan sebagai menempatka­n pendatang. Pada Disember, sebuah hotel yang dijangka akan menempatka­n pemohon suaka mengalami serangan pembakaran dengan sengaja.

Pada lewat November lalu, Dublin menyaksika­n rusuhan mengejutka­n yang menurut pihak berkuasa didalangi penindas haluan kanan selepas satu serangan berpisau mencederak­an empat orang termasuk tiga kanak-kanak.

Kerajan merujuk kepada laporan tidak disahkan yang menular dalam media sosial bahawa serangan itu dilakukan oleh seorang pendatang haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia