Utusan Borneo (Sarawak)

Projek LCS: Representa­si bekas pengarah urusan BNS untuk gugur pertuduhan ditolak

-

Jabatan Peguam Negara menolak representa­si bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor untuk menggugurk­an tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat itu berjumlah RM21.08 juta berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Peguam Alex Tan Chie Sian mewakili Ahmad Ramli memaklumka­n Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin bahawa representa­si yang dikemuka pada 26

Jan lepas telah ditolak dan pihaknya menerima arahan untuk merayu kepada Peguam Negara berhubung keputusan tersebut.

“Kami mohon agar tarikh perbicaraa­n pada 7 Mac ditukar kepada sebutan kes bagi membolehka­n kami memaklumka­n mahkamah mengenai perkembang­an rayuan tersebut. Kami jugamohonk­ehadirante­rtuduh dikecualik­an pada 7 Mac ini,” katanya.

Suzana membenarka­n tarikh perbicaraa­n pada 7 Mac ditukar kepada sebutan kes manakala perbicaraa­n pada 21 dan 22 Feb ini dilapangka­n selepas Timbalan Pendakwa

Raya Rasyidah Murni Azmi tidak membantah permohonan itu.

“Mahkamah mengekalka­n tarikh perbicaraa­n lain yang telah ditetapkan sebelum ini dan membenarka­n kehadiran tertuduh pada sebutan kes 7 Mac ini dikecualik­an atas faktor kesihatan,” katanya.

Mahkamah sebelum ini menetapkan tarikh perbicaraa­n kes itu pada 21 dan 22 Feb, 7 Mac, 29 dan 30 April serta 15 dan 16 Mei.

Ahmad Ramli, 80, didakwa melakukan pecah amanah dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM13,541,140 ke akaun

Syarikat Setaria Holding Limited, Standard Chartered Bank, 6 Battery RD, Singapura tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah BNS di tingkat 17, Menara Boustead, Jalan Raja Chulan antara 26 Julai 2010 dan 25 Mac 2011.

Beliau juga didakwa melakukan pecah amanah dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM1,360,716 ke akaun Syarikat JSD Corporatio­n, The Overseas-Chinese Banking Corporatio­n Limited, Chulia Street, OCBC Centre, Singapura tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah BNS di lokasi sama antara 19 April 2011 dan 4 Mei 2011.

Bagi pertuduhan ketiga, Ahmad Ramli berdepan dakwaanmel­uluskanpem­bayaran berjumlah RM6,182,295 ke akaun Syarikat Sousmarin Armada Ltd, Standard Chartered Bank, 6 Battery Road, Singapura di tempat sama antara 28 Okt 2010 dan 22 Nov 2010.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia