Utusan Borneo (Sarawak)

Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA

Keputusan atau fatwa hanya boleh diumum setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja: Mohd Na’im

- Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) — Bernama

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) akan mengeluark­an fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincang­an dengan Akademi Fiqh Islami Antarabang­sa (IIFA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perkara itu perlu dilakukan supaya keputusan atau fatwa yang bakal dikeluarka­n oleh MKI selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja lebih teliti dan diperhalus­i sebaik-baiknya.

“Untuk makluman, semua isu berkaitan daging kultur telah dibincangk­an oleh MKI. Insya-Allah, perkara ini akan terus diperhalus­i termasuk yang saya sebutkan baru-baru ini iaitu kita akan adakan perbincang­an dengan IIFA di Jeddah dan isu daging kultur akan dimasukkan pada pertemuan itu.

“Sudah tentu keputusan MKI akan menghimpun­kan semua mufti dari seluruh negara... keputusann­ya hanya boleh diumum setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sebab ini adalah proses yang perlu kita patuhi dan tidak boleh diumumkan begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Amanat 2024 Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal

Untuk makluman, semua isu berkaitan daging kultur telah dibincangk­an oleh MKI. Insya-Allah, perkara ini akan terus diperhalus­i termasuk yang saya sebutkan baru-baru ini iaitu kita akan adakan perbincang­an dengan IIFA di Jeddah dan isu daging kultur akan dimasukkan pada pertemuan itu.

Agama) dan Pelancaran Sambutan Jubli Emas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n di sini semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pihaknya juga cuba mengesan sekiranya terdapat kemasukan daging kultur ke Malaysia namun sehingga kini, tiada lagi yang ditemukan.

“Sekarang masih belum ada lagi produknya. Kita sebenarnya ada tanya Singapura berhubung perkara ini namun tiada... kilang itu sendiri pun baru nak ditubuhkan, yang ada mungkin video yang boleh dibuat (diada-adakan) dan diviralkan,” katanya.

Beliau berkata JAKIM juga telah mengadakan satu kajian

awal pada tahun lepas dan telah dibentangk­an dalam MKI dan hasil daripada pembentang­an itu pihaknya melihat ada keperluan untuk mereka (JAKIM) berbincang bersama IIFA di Jeddah nanti.

“Insya-Allah dalam bulan dua akan diadakan satu conference oleh IIFA bersama dengan ulama-ulama di peringkat global untuk mendapatka­n pandangan kerana kita tidak mahu buat keputusan yang syok sendiri dan hasilnya itu biarlah kita dapatkan pandangan ulama antarabang­sa barulah kita keluarkan hasil (keputusan).

“Dari segi kepakaran (Malaysia), di samping ilmuan yang sedia ada bersama mufti-mufti seluruh Malaysia, kita juga ada makmal (Makmal Analisis Halal Malaysia), Bandar Enstek kerana sekiranya ada beberapa produk yang meragukan kita akan hantar ke makmal ini yang berkeupaya­an serta diiktiraf oleh ISO (Jabatan Standard Malaysia dalam MS ISO/IEC 17025:2017) yang memang mampu mengenal pasti lemak dan alkohol,” katanya.

 ?? ?? MOHD NAIM
MOHD NAIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia