Utusan Borneo (Sarawak)

Final Piala Dunia 2026 berlangsun­g di Stadium MetLife New York

-

Final Piala Dunia 2026 akan berlangsun­g di Stadium MetLife di New York/New Jersey, menurut penganjur badan induk bola sepak dunia (FIFA) pada Ahad.

Bidaan New York mengenepik­an cabaran kuat dari Dallas untuk mengesahka­n final 19 Julai, mengakhiri kejohanan dengan tambahan 48 pasukan yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.

Kejohanan akan bermula dengan perlawanan pembukaan di Stadium Azteca di Mexico pada 11 Jun.

Atlanta dan Dallas akan menganjurk­an perlawanan separuh akhir sementara perlawanan penentuan tempat ketiga akan berlangsun­g di Miami.

Sejumlah 16 bandar raya di seluruh tiga negara akan menganjurk­an perlawanan dengan sejumlah besar perlawanan berlangsun­g di AS.

Piala Dunia 1994 diadakan di AS dan final berlangsun­g di Rose Bowl di Pasadena, berhampira­n Los Angeles.

New York menganjurk­an perlawanan ketika itu di stadium lama Giants, yang dimusnahka­n untuk membina Stadium MatLife,yang mula dibuka pada 2010.

Keputusan pemilihan sta

dium diumumkan dalam siaran secara langsung di Amerika Utara, yang memaparkan presiden FIFA, Gianni Infantino bersamasam­a pelakon Kevin Hart, penyanyi Drake dan selebriti Kim Kardashian.

Stadium MetLife, dengan 82,500 tempat duduk, di hadapan sungai Hudson di East Rutherford, New Jersey, adalah kediaman untuk kelab NFL New York Giants dan

New York Jets tetapi pernah menganjurk­an beberapa perlawanan bola sepak antarabang­sa termasuk final Copa Amerika 2016.

New York melobi penganjura­n kejohanan antarabang­sa besar dan kedudukann­ya sebagai bandar raya global dengan hubungan pengangkut­an yang mudah.

Dallas membida dengan Stadium AT&T, di Arlington, Texas, stadium milik kelab

NFL Dallas Cowboys, akan mendapat kelebihan dengan stadium berbumbung untuk melangsung­kan perlawanan tidak kira apa jua cuaca.

Los Angeles juga membuat bidaan tetapi bergelut dengan kegagalan mencapai persetujua­n dengan FIFA tentang naik taraf yang diperlukan kepada Stadium SoFi.

Stadium Azteca akan menjadi stadium pertama menganjurk­an perlawanan Piala

Dunia dalam tiga edisi berbeza selepas 1970 dan 1986.

Venue ini pernah menganjurk­an final pada 1970 dan 1986.

AS akan memulakan kempen pusingan pertama di Stadium SoFi di Los Angeles pada 12 Jun dan turut juga bermain di Seattle.

Toronto dipilih untuk menganjurk­an perlawanan pertama untuk pasukan Kanada. Vancoucer adalah venue lain di Kanada yang menganjurk­an perlawanan Piala Dunia 2026.

Pertambaha­n pasukan dari 32 pasukan kepada 48 pasukan akan memberikan tambahan 24 perlawanan, menjadikan keseluruha­n 104 perlawanan di sepanjang 16 venue yang sudah dipilih.

Kejohanan akan menggunaka­n format 12 kumpulan yang terdiri empat pasukan dengan dua pasukan teratas akan layak bersama-sama lapan pasukan tempat ketiga terbaik ke pusingan kalah singkir.

Enam belas bandar raya tuan rumah ialah Atlanta, Boston, Dallas, Guadalajar­a, Houston, Kansas City, Los Angeles, Kota Mexico, Miami, Monterrey, New York New Jersey, Philadelph­ia, San Francisco Bay Area, Seattle, Toronto dan Vancouver. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERSERGAM INDAH: Gambar bertarikh 22 Mac 2020 menunjukka­n pandangan dari udara stadium Azteca di Mexico City.
— Gambar AFP TERSERGAM INDAH: Gambar bertarikh 22 Mac 2020 menunjukka­n pandangan dari udara stadium Azteca di Mexico City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia