Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal kembali bertenaga, raih kemenangan di Emirates

Membenam Liverpool 3-1 dalam memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris, sementara Chelsea ditewaskan Wolves 2-4

-

LONDON: Arsenal mengembali­kan saingan memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang pertama dalam tempoh 20 tahun dengan menewaskan pendahulu liga, Liverpool 3-1 di Stadium Emirates sementara Chelsea dimalukan sekali lagi dengan kekalahan 2-4 di tempat sendiri kepada Wolves pada Ahad.

Harapan Liverpool untuk melepaskan pengurus Jurgen Klopp sebagai juara England tersentak apabila Arsenal merapatkan kedudukan dengan kurang dua mata di singgahsan­a liga.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mengakui sebelum perlawanan bahawa pasukannya tidak mampu untuk mengalami kekalahan 0-2 kepada Liverpool dalam aksi Piala FA bulan lepas jika mahu mengekalka­n impian memburu kejuaraan mereka.

Seperti dalam pertanding­an piala, Arsenal menguasai awal permainan tetapi kali ini mereka mendapat ganjaran dengan gol pembukaan apabila Bukayo Saka merembat bola muntah selepas penjaga gol Liverpool, Alisson Becker menafikan rembatan Kai Havertz.

Liverpool tidak mempunyai banyak cubaan tepat dalam separuh masa pertama tetapi berjaya mengikat kedudukan selepas kekeliruan di benteng pertahanan apabila Gabriel Magalhaes tertolak hantaran lintang Luis Diaz ke pintu golnya sendiri.

Liverpool bagaimanap­un melakukan kesilapan yang sama di bentgeng pertahanan apabila Alisson berlanggar dengan kapten pasukannya, Virgil van Dijk yang keluar dari posisinya, sekali gus memberikan peluang kepada Gabriel Martinelli menolak bola ke pintu gol yang terbuka luas.

Liverpool ternyata merindui ketiadaan penyerang sensasi Mohamed Salah dalam

Kami cukup berbisa apabila kami mempunyai satu peluang dan ia satu perasaan seperti kemenangan besar.

Mikel Arteta Pengurus Arsenal

usaha mencari gol penyamaan dan tugas mereka semakin sukar apabila pemainnya, Ibrahima Konate dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan ekoran kekasaran ke atas Havertz.

Leandro Trossard kemudian mengambil sepenuh ruang di bahagian kanan pertahanan Liverpool dengan menewaskan Alisson untuk gol ketiga.

“Kami cukup berbisa apabila kami mempunyai satu peluang dan ia satu perasaan seperti kemenangan besar,” kata Arteta.

“Ia memberikan kami rentak dan cara kami melakukann­ya, ia mengembali­kan saingan kejuaraan liga untuk

kami dan saya benar-benar teruja.”

Juara bertahan, Manchester City, kekal kurang lima mata di belakang Liverpool tetapi sekarang mempunyai kelebihan kurang dua perlawanan, bermula dengan perlawanan lewat menentang Brentford, untuk memintas Liverpool.

Di Stamford Bridge, pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino meminta maaf kepada penyokong kelab selepas hatrik Matheus Cunha memberikan Wolves kemenangan pertama di Stamford Bridge sejak 1979.

Pemain Chelsea dicemuh oleh penyokong mereka selepas semakin tercicir dari anak tangga liga ke kedudukan

di bawah pertengaha­n liga.

Chelsea dibelasah 1-4 oleh Liverpool pada Rabu dan minggu mengecewak­an berakhir dengan lebih memalukan apabila tewas kepada Wolves.

Cole Palmer meletakkan Chelsea di hadapan dengan rembatan cantik dari umpanan Moises Caicedo pada minit ke-19.

Namun gol pendahulua­n itu hanya bertahan tiga minit apabila Cunha mengikat kedudukan dengan rembatanny­a terkena pertahanan Chelsea, Thiago Silva dan mengeliruk­an penjaga gol Djordje Petrovic.

Pochettino kelihatan semakin murung apabila rembatan

Rayan Ait Nouri terkena pertahanan Chelsea,Axel Disasi dan masuk ke pintu golnya sendiri untuk meletakkan Wolves di hadapan buat kali pertama.

Keadaan menjadi lebih buruk pada minit ke-63 apabila Pedro Neto mengumpan bola kepada Cunha untuk gol ketiga Wolves.

Penalti minit ke-82 buat Wolves, ekoran kekasaran oleh Malo Gusto ke atas Cunha, membolehka­nnya melengkapk­an hatrik sebelum Silva menjaringk­an gol sagu hati kedua Chelsea pada minit ke-86.

Dengan kunjungan ke Aston Villa dalam aksi Piala FA Inggeris dan menentang Manchester City di antara tiga perlawanan seterusnya, Chelsea mungkin semakin bermasalah menjelang pertemuan menentang Liverpool di final Piala Liga Inggeris yang berlangsun­g di Wembley pada 25 Februari.

“Kami tidak menyamai sejarah kelab,” kata Pochettino.”

“Ia satu projek yang sukar dan ia adalah tentang masa namun ia sukar bagi saya untuk berkata kami sentiasa memerlukan lebih banyak masa.”

Pada perlawanan lain, Manchester United naik ke tangga keenam liga dengan kemenangan 3-0 ke atas West Ham United ketika Rasmus Hojlund dan Alejandro Garnacho memberikan United bayangan masa depan yang cerah.

Hojlund gagal menjaringk­an gol dalam 14 perlawanan liga yang pertama tetapi sekarang sudah menjaringk­an empat gol ketika meraikan ulang tahun kelahiran ke-21 dengan gol pembukaan.

Garnacho menjadikan kedudukan 2-0 pada awal separuh masa kedua sebelum melengkapk­an jaringan enam minit sebelum tamat permainan.

Kemenangan United ada harganya apabila Lisandro Martinez mengalami kecederaan serius di bahagian lutut.

Nottingham Forest menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan dua mata di atas zon penyingkir­an selepas seri 1-1 di Bournemout­h.

 ?? Gambar AFP ?? MENDEBARKA­N: Alisson Becker (kiri) menampan keluar bola pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Liverpool di Stadium Emirates di London, kelmarin.—
Gambar AFP MENDEBARKA­N: Alisson Becker (kiri) menampan keluar bola pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Liverpool di Stadium Emirates di London, kelmarin.—
 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Wolverhamp­ton Wanderers di Stamford Bridge di London, kelmarin.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Wolverhamp­ton Wanderers di Stamford Bridge di London, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia