Utusan Borneo (Sarawak)

F1: Haas lancarkan kereta baharu, VF-24

-

Pasukan Formula Satu (F1), Haas, melancarka­n kereta yang akan bersaing dalam musim pertamanya tanpa kepimpinan bekas pengurus, Guenther Steiner.

Kereta baharu Haas, dinamakan VF-24, menyaksika­n pasukan lebih menggunaka­n warna gelap, yang sudah menjadi satu trend dalam F1 ketika pasukan mengurangk­an warna dalam usaha mengurangk­an berat kereta.

Perubahan besar dari kereta 2023 ialah logo di bahagian hadapan kereta dan juga warna sekitar kokpit kini hitam, bukan putih, walaupun merah masih kekal di sayap hadapan dan belakang kereta.

Musim baharu dijangka lebih penting dalam masa depan jangka panjang pasukan Haas, dengan Steiner, yang mengemudi pasukan sejak penubuhann­ya, tidak diberikan kontrak baharu oleh pemilik pasukan, Gene Haas selepas menamatkan saingan musim lepas di tangga terakhir keseluruha­n.

Steiner dan Gene secara asas tidak bersetuju dengan arah tuju pasukan - Steiner merasakan Haas memerlukan lebih banyak pelaburan dalam kakitangan, peralatan dan kemudahan untuk mengekalka­n saingan dengan pesaing mereka, sementara Haas merasakan pasukan harus melakukan yang lebih banyak dengan sumber sedia ada.

Pengurus baharu, Ayao Komatsu, akan mengemudi pasukan dalam musim baharu, dengan barisan pemandu Kevin Magnussen dan Nico Hulkenberg kembali untuk musim kedua sebagai rakan sepasukan.

“Saya tidak sabar untuk melihat VF-24 bergerak dan berlumba - satu sentimen yang saya kongsi bersamasam­a dengan rakan kongsi dan juga keseluruha­n pasukan,” kata Gene Haas, Pengerusi MoneyGram Haas F1.

“Dengan Nico Hulkenberg dan Kevin Magnussen, kami juga memiliki dua pemandu hebat, pengalaman mereka akan terbukti amat berharga sekali lagi ketika kami membangunk­an program kami sepanjang tahun.

“Kami menggunaka­n penutup musim untuk meletakkan satu proses untuk meningkatk­an prestasi keseluruha­n kami. Tidak lama lagi kami akan melihat apa yang kami usahakan.”

Komatsu berkata pasukan seharusnya memulakan musim baharu dengan jangkaan yang rendah.

“Bermula dengan (perlumbaan) Bahrain, saya masih fikir kami akan kembali bersaing, jika tidak di kelompok terakhir,” katanya pada satu sidang media ketika memperkena­lkan kereta baharu untuk 2024.

Haas menunggu untuk hampir 2023 sebelum menyediaka­n kereta dengan naik taraf baharu di Grand Prix Amerika tetapi ia tidak membawa peningkata­n yang diharapkan oleh pasukan.

Komatsu berkata penangguha­n naik taraf perkembang­an pasukan menjelang musim baharu. Dia menambah: “Sebab pelancaran kereta kami ialah ia tidak cukup pantas di Bahrain bukan kerana kualiti orang yang kami ada di sini tetapi ia kerana kami bermula lewat dan kemudian kami berhenti selama dua bulan untuk menaik taraf kereta di Grand Prix Amerika.

“Ia benar-benar mengalih sumber, kami hilang banyak masa di sana tetapi pasukan mendapat kelebihan dari terowong angin, jadi ia adalah sesuatu yang positif dan dari segi karektor, ia berada di arah yang betul.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia