Utusan Borneo (Sarawak)

Litar Suzuka Jepun kekal anjur perlumbaan F1

-

Formula Satu (F1) akan terus berlumba di Litar Suzuka di Jepun sehingga akhir dekad ini selepas pembaharua­n kontrak lanjutan lima tahun diumumkan baru-baru ini.

Litar - yang merupakan kegemaran peminat dan pemandu - dijadual menganjurk­an perlumbaan Grand Prix Jepun terakhir mengikut kontrak sedia ada pada 7 April tahunini,tetapiperj­anjianbaha­ru bermakna ia akan terus kekal dalam kalendar F1 sehingga sekurang-kurangnya 2029.

“Suzuka adalah litar istimewa dan sebahagian dari struktur sukan, jadi saya berasa gembira di mana F1 akan terus berlumba di sana sehingga sekurang-kurangnya 2029,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) F1, Stefano Domenicali.

Kali pertama Suzuka menganjurk­an perlumbaan Grand Prix Jepun ialah pada 1987 dan selain dari rehat selama dua tahun pada 2007 dan 2008 apabila perlumbaan dipindahka­n ke Litar Fuji Speedway dan dua tahun lagi rehat kerana pandemik COVID-19 pada 2020 dan 2021, ia sudah menganjurk­an satu perlumbaan Grand Prix setiap tahun.

Litar dimiliki syarikat pengeluar enjin Honda itu bersetuju untuk memindahka­n tarikh tradisi perlumbaan bulan Oktober ke bulan April tahun ini sebagai sebahagian usaha F1 untuk mengurangk­an impak alam sekitar dengan perjalanan penerbanga­n sepanjang musim.

“Ketika kami membuat persediaan untuk kembali ke

Jepun pada tarikh lebih awal dari kebiasaann­ya musim ini, saya mahu menyuaraka­n penghargaa­n saya kepada promoter dan pasukan di Honda Mobility Land kerana menyokong usaha kami untuk rasionalis­asi kalendar ketika kami cuba untuk menjadikan sukan ini lebih lestari,” tambah Domenicali.

“Peminat kami di Jepun menerima F1 dengan keghairaha­n unik dan kami tidak sabar untuk bekerja dengan promoter untuk memberikan peminat pengalaman yang selayaknya untuk tahun-tahun akan datang.”

Berita lanjutan penganjura­n di Suzuka adalah susulan dengan pengumuman penganjura­n litar jalanan di Madrid bermula 2026, berikutan dengan satu trend untuk venue baharu F1 yang berasaskan kemudahan tetap seperti di Suzuka.

Jadual perlumbaan tahun ini akan memaparkan satu rekod 24 perlumbaan - had yang dipersetuj­ui bersama pasukan, badan induk sukan (FIA) dan F1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia