Utusan Borneo (Sarawak)

E-sukan semakin pesat mampu menjana pendapatan lumayan

-

KUALALUMPU­R:Perkembang­an industri e-sukan di Malaysia yang semakin pesat kini dilihat mampu menjana pendapatan lumayan kepada individu yang berminat untuk menjadikan ia sebagai karier sepenuh masa.

Bekas jurulatih pasukan Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) Malaysia Mohd Amirul Aiman Mohamad Kamal berkata industri e-sukan tanah air ketika ini tidak seperti zaman dahulu kerana ia hanya terhad kepada sesetengah golongan sahaja.

Katanya dengan inisiatif dan bantuan diberikan, kerajaan ketika ini kepada industri itu, ia secara tidak langsung membuka lebih peluang kepada mana-mana pihak untuk menceburi bidang itu dengan mudah.

“Saya boleh cakap ya, e-sukan memang boleh buat duit. Kalau bandingkan dulu, kita (pemain) tak banyak peluang. Kalau tak jadi sekali ia memang tidak akan jadi untuk seterusnya.

“Tapi sekarang kalau mereka gagal, banyak lagi platform yang mereka boleh mula semula sebab bantuan daripada kerajaan untuk sukan ni bagus dan juga pemain industri yang banyak fokus untuk menaikkan akak umbi,” katanya kepada Bernama.

Bagi mana-mana individu yang berminat untuk menceburi bidang e-sukan, beliau berkata ia tidak terhad hanya bergelar seorang pemain, malah berpeluang untuk menjadi pengulas, jurulatih atau penstrim bergantung kepada minat masing-masing.

“Industri e-sukan ini, kamu boleh pilih nak jadi pemain, caster (pengulas) malah jurulatih. Tapi mereka kena pandai rebut peluang sebagai contoh kalau pemain kena banyak masuk kejohanan-kejohanan kecil dan juga membina reputasi dalam kalangan masyarakat.

“Dekat situ baru orang kenal kita dan begitu juga bila nak jadi jurulatih dan caster,” katanya.

Selain daripada membantu memberikan pendapatan lumayan kepada pemain industri, Mohd Amirul Aiman atau mesra disapa Laphel yang kini meneruskan kerjaya sebagai pengulas percaya industri e-sukan juga mampu menyumbang perkembang­an ekonomi negara.

Katanya menerusi pelbagai kejohanan antarabang­sa yang dianjurkan di Malaysia ketika ini, ia dilihat akan menarik minat orang luar untuk mengenali Malaysia sekali gus berpotensi menjadi pelabur di negara ini.

“Sebagai contoh tahun ini, kita anjurkan Mobile Legend Championsh­ip M6 tahun ini, ia sudah tentu akan jadi pengenalan kepada pelabur untuk mengenali Malaysia. Mengenali budaya kita dan cara kita menguruska­n perniagaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LUMAYAN: Pasukan Monsters Vicious bersama piala dan replika cek dinobatkan juara Esport Championsh­ip 2023/2024 (MEC23/24) Kategori Mobile Legends Bang Bang.
— Gambar Bernama LUMAYAN: Pasukan Monsters Vicious bersama piala dan replika cek dinobatkan juara Esport Championsh­ip 2023/2024 (MEC23/24) Kategori Mobile Legends Bang Bang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia