Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Davis: Belgium tewaskan Croatia, tempah tempat ke pusingan akhir

-

Belgium menewaskan Croatia untuk menempah tempat ke pusingan akhir kejohanan Piala Davis selepas Zizou Bergs meraih mata kemenangan pada Ahad sementara Perancis juga meneruskan kemaraan dengan melengkapk­an kemenangan ke atas Taiwan.

Sander Gille dan Joran Vliegens meletakkan Belgium di hadapan dengan kemenangan mengejut 2-6, 6-3 dan 7-6(7/4) ke atas bergu Ivan Dodig dan Mate Pavic, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan pembukaan pada Sabtu.

Bergs melengkapk­an kemenangan di Varazdin apabila menewaskan Duje Ajdukovic 6-1 dan 7-5 untuk menyokong kejayaan hari pertama ketika menewaskan bekas pemain ranking ketiga dunia, Marin Cilic.

Kekalahan menyebabka­n Croatia gagal layak ke pusingan akhir kejohanan buat kali pertama sejak format baharu Piala Davis diubah pada 2019.

Pusingan pertama kejohanan akan berlangsun­g pada bulan September, dengan peringkat kalah singkir berlangsun­g di Malaga pada bulan November.

Perancis, yang sudah mendahului 2-0 pada hari pertama, mengesahka­n mata kemenangan apabila bergu Nicolas Mahut dan Edouard Roger-Vasselin bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan bergu Hsu Yuhsiou dan Jason Jung 3-6, 6-2 dan 7-6 (7/1).

“Kami mungkin sedikit hambar di awal permainan,” kata Roger-Vasselin.

“Kami tetapi tenang kerana kami tahu tahap permainan kami akan berubah. Kami terpaksa mengawal debaran kami.”

Quentin Halys rounded melengkapk­an kemenangan Perancis dengan kemenangan 6-3 dan 7-6 (7/3) ke atas Jason Tseng.

Republik Czech juga layak selepas menewaskan Israel 3-0.

Bergu Israel, Daniel Cukierman dan Edan Leshem terpaksa menarik diri ketika menentang bergu Tomas Machac dan Adam Pavlasek. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia