Utusan Borneo (Sarawak)

Terengganu FC guna enam pemain import musim ini

-

Terengganu FC (TFC) hanya akan menggunaka­n enam pemain import bagi mengharung­i Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdb Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas berkata ia sebagai langkah penjimatan kelab dalam menghadapi perjalanan musim yang panjang kali ini iaitu bermula Mac hingga Mei tahun depan.

Mohd Sabri berkata tonggak sedia ada ialah Ivan Mamut, Nurillo Tukhtasino­v dan Argzim Redzovic manakala tiga lagi pemain baharu akan diumumkan sebelum bermulanya sesi latihan pertengaha­n bulan ini.

“Kita bukan mahu penuhi kuota (pemain import) tetapi tengok kepentinga­n posisi pemain. Malah kita yakin pemain tempatan mampu bersaing dengan kelompok pemain import di Liga M.

“Import ASEAN juga kita tak ambil musim ini. Kekuatan TFC kita ada ‘squad depth’ .... pemain cukup berpotensi (beraksi) di setiap posisi,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an antara TFC dengan Hijraa Management Sdn Bhd di sini, malam kelmarin.

Dalam pada itu Mohd Sabri berkata tiga pemain muda dari pasukan Terengganu FC ll (TFC ll), termasuk Muhammad Faris Rifqi Abdul Rashid, Safwan Mazlan dan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili yang beraksi di posisi pertahanan, akan dinaikkan pangkat ke pasukan ‘abang’ (TFC) musim ini.

Menurut beliau tiga tonggak berkenaan telah menunjukka­n prestasi cemerlang dan diberi peluang beraksi bersama pasukan utama musim lepas.

“Faris Rifqi bermain di posisi tengah, Safwan pertahanan tengah dan Ubaidullah juga di bahagian pertahanan. Ketiga-tiga pemain ini cukup menyerlah musim lalu.

“Malah Safwan dan Ubaidullah seringkali diberi peluang oleh ketua jurulatih TFC Tomislav Steinbruck­ner beraksi di kesebelasa­n utama pasukan sepanjang musim lalu,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Mohd Sabri berkata TFC berjaya mengumpul 23 penajaan bernlai RM7 juta dalam bentuk tunai, barangan dan perkhidmat­an musim ini dan pihaknya masih memerlukan lebih banyak penajaan untuk memperkuku­h dan melancarka­n perjalanan kelab bagi musim 2024/2025. — Bernama

 ?? ?? MOHD SABRI
MOHD SABRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia