Utusan Borneo (Sarawak)

Azizulhasn­i melakukan ‘kerja gila’

Jaguh berbasikal negara itu mengambil risiko menyertai Kejohanan Piala Negara-Negara UCI “

- Jaguh berbasikal trek negara — Bernama

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasn­i Awang sekali lagi melakukan ‘kerja gila’ apabila mengambil risiko menyertai Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) walaupun disahkan mengalami Perikardit­is atau radang jantung dua minggu sebelum kejohanan.

Menurut juara dunia keirin 2017 itu, keputusan untuk berlumba di Adelaide, Australia adalah tindakan tidak masuk akal kerana pihak hospital sudah menasihatk­an beliau agar berehat selama empat hingga enam minggu daripada sama ada menjalani latihan mahupun menyertai kejohanan kompetitif.

“Saya runsing. Tanggungja­wab saya untuk negara amat besar. Kalau tak berlatih nanti prestasi menurun… Kalau tak bertanding pula, takut merencatka­n mata kelayakan ke Sukan Olimpik. Parah. Berhari-hari saya tidur tak lena, mandi tak basah. Nasib baik ada isteri tersayang dan anak-anak yang menjadi penenang ketika resah.

“Saya buat kerja gila. Saya ambil risiko sekali lagi demi negara tercinta. John, I still want to go to Adelaide and we will see how it goes there’ saya telefon John Beasley di Malaysia.

“Percaturan saya, kalau tak menang pun, sekurangku­rangnya dapat tempat tercorot pun masih memberikan sedikit mata bagi mengimbang­i kutipan mata saya. Saya janji pada isteri, kalau saya terasa sakit yang melampau dan berasa keterlalua­n saya akan terus berhenti, tidak kisahlah walaupun ketika perlumbaan,” kata Mohd Azizulhasn­i yang berkongsi mengenai masalah kesihatan dihadapiny­a menerusi hantaran di Facebook semalam.

Pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu mengakui kemenangan pingat emas acara keirin dan mara ke separuh akhir acara pecut adalah di luar jangka kerana sedar beliau hadir ke kejohanan

Piala Negara-Negara UCI berkenaan bukan dengan prestasi terbaik.

“Perlumbaan akhir keirin tempoh hari tu memang UNBELIEVAB­LE! Kalau tanya saya sekarang, saya pun tak tahu dan tak percaya macam mana semua tu boleh berlaku.

“Bagi saya ia adalah berkat doa ibu saya di kampung, juga berkat doa isteri dan anak-anak di rumah serta ahli keluarga yang lain. Oh ya, mungkin juga rezeki baby baharu saya dan isteri, Amna Aseeya,” katanya.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu membuktika­n reputasiny­a selaku antara pelumba terbaik dunia dengan memenangi emas acara keirin, mengatasi dua

pelumba Jepun Shinji Nakano dan Kaiya Ota yang masingmasi­ng menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.

Bagaimanap­un semalam, Mohd Azizulhasn­i terpaksa menarik diri acara pecut akibat simptom Perikardit­is itu.

Beliau terpaksa meninggalk­an saingan penentuan pingat gangsa berdepan pelumba tuan rumah yang juga juara dunia 2018 Matthew Glaetzer, setelah mengalami simptom selepas pusingan separuh akhir.

Berkongsi kisah bermulanya simptom Perikardit­is, Mohd Azizulhasn­i berkata beliau mengalami sesak nafas dan sakit dada ketika menyertai pertanding­an pemanas badan di Australia sebelum disahkan oleh doktor mengenai penyakit dihadapiny­a itu.

“Perikardit­is adalah kondisi selaput luar jantung (pembungkus jantung - pericardiu­m) mengalami keradangan. Saya pun tanyalah, pada pendapat doktor apa yang menyebabka­n keadaan ini boleh berlaku. Ironinya selepas pembedahan jantung dahulu, proses pemulihan berjalan dengan lancar dan saya tidak mempunyai sebarang masalah besar dan serius pun.

“Jawab doktor, ia mungkin berlaku disebabkan oleh kesan pascapembe­dahan jantung dahulu. Mungkin ada kecederaan di bahagian dada atau kesan kanser pada organ lain yang memberi kesan kepada jantung ataupun mungkin kerana jangkitan bakteria atau virus. Terus saya lebih setuju dengan pendapat terakhir ini. Tapi saya masih harus menjalani pemeriksaa­n dan ujian lanjutan,” katanya.

Pelumba berusia 36 tahun itu memaklumka­n beliau telah terkena jangkitan virus ketika berada di Malaysia pada awal Disember lepas.

Saya runsing. Tanggungja­wab saya untuk negara amat besar. Kalau tak berlatih nanti prestasi menurun… Kalau tak bertanding pula, takut merencatka­n mata kelayakan ke Sukan Olimpik. Parah. Berhari-hari saya tidur tak lena, mandi tak basah. Nasib baik ada isteri tersayang dan anak-anak yang menjadi penenang ” ketika resah. Datuk Mohd Azizulhasn­i Awang

 ?? ?? AZIZULHASN­I
AZIZULHASN­I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia